Tuesday, July 26, 2011

Alhamdulillah.. selesai sudah bayar fidyah

Alhamdulillah... tadi dah selesai dah bayar fidyah... lega rasanya.. puasa pun dah habis ganti.. x perlu dah nak keep track tetiap tahun berapa dah ganti.. alhamdulillah.. xde insiden yg tidak diingini.. abg chubby pun ada... siap tolong angkat dan tolak beras-beras tuh guna troli.. 90 kg beras nih... thank you abg chubby ye..


Okay.. berbalik pasal cerita semalam.. balik rumah jer.. aza terus cek cara kakak kat majlis tu kira fidyah.. kiraan dia betul untuk case org yang tinggal puasa dan tak pernah ganti-ganti.. but for my case.. lain sikit..

Try check online.. aduhai.. rasa lagi pening.. semua bagi result yang berbeza-beza.. try jugaklah search sana sini.. macam-macam la pulak mazhab dan cara pengiraan yang ada.. jadi aza adalah bertanya dengan someone.. jadi inilah conclusion yang aza dapat mengenai pengiraan fidyah bagi my case

BACKGROUND
Saya telah melahirkan anak pada tahun 2006. Kebetulan, bulan Ramadhan jatuh ketika saya masih berpantang. Saya cuba berpuasa selama 1 hari.. tetapi anak saya asyik melalak-lalak dan asyik nak melekap jer.. kemungkinan sebab saya puasa.. susu pun berkurangan.. atas nasihat keluarga, saya tidak berpuasa selama 29 hari pada tahun 2006. Oleh kerana pelbagai kekangan ( memacam alasan boleh bagi)... puasa tersebut telah diganti berdikit-dikit mengikut kemampuan..

BILANGAN PUASA YANG TELAH DIGANTI
Tahun 2007 : 0 hari (masih menyusu badan sepenuhnya)
Tahun 2008 : 1 hari
Tahun 2009 : 7 hari
Tahun 2010 : 12 hari
Tahun 2011 : 9 hari

BAKI BILANGAN PUASA YANG DIKENAKAN FIDYAH
Formula : Baki puasa yang ditinggalkan - bilangan puasa yang telah diganti
Tahun 2007 : 29 - 0 = 29 hari
Tahun 2008 : 29 - 1 = 28 hari
Tahun 2009 : 28 - 12 = 21 hari
Tahun 2010 : 21 - 12 = 9 hari

PENGIRAAN FIDYAH YANG PERLU DIBAYAR
Formula : 1 hari = 1 cupak
Denda = baki puasa x bilangan tahun tertinggal

Tahun 2007 : 29 hari x 1 = 29 cupak
Tahun 2008 : 28 hari x 2 = 56 cupak
Tahun 2009 : 21 hari x 3 = 63 cupak
Tahun 2010 : 9 hari x   4 = 36 cupak

Sekiranya hendak membayar menggunakan beras

1 cupak = 700g
Tahun 2007 : 29 cupak x 700g = 20.3 kg
Tahun 2008 : 56 cupak x 700g = 39.2 kg
Tahun 2009 : 63 cupak x 700g = 44.1 kg (sudah dibayar pada 2010)
Tahun 2010 : 36 cupak x 700g = 25.2 kg

Oleh kerana saya sudah pun membayar fidyah untuk tahun 2009.. so.. jumlah fidyah yang perlu saya bayar ialah :
Jumlah perlu dibayar = 20.3 kg + 39.2 kg + 25.2 kg = 84.7 kg beras
Kita bundarkan ~ 90 kg beras ( 9 beg beras x 10 kg)

Kalau terlebih bayar.. kira sedekah ajelah yang lebih tu ye..

Pengajaran yang saya dapat :
  • Lain kali, ganti puasa tu cepat-cepat.. toksah tangguh-tangguh
  • Bila nak bayar fidyah, baik kira dulu sesiap sebelum pergi ke majlis agama
  • Lebih afdal sekiranya kita bayar menggunakan beras.. hanya perlu pergi, hantar beras, selesai.. tak perlu nak kira-kira duit, kira-kira duit baki, dan tunggu pegawai tu buat resit.

Monday, July 25, 2011

Nak Bayar Fidyah tapi X Jadi

Tengah hari tadi, lepas balik aje dari sekolah, singgahlah ke pejabat Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak kat Manjung nih.. niat di hati, nak melunaskan hutang sebelum tibanya Ramadhan.. kalau tidak.. nanti berdouble double lah lagi hutang yang perlu dibayar..

Aza pun pergilah dengan hati yang suci lagi murni... siap bawa statistik bilangan puasa yang dah diganti mengikut tahun supaya senang nanti nak minta pegawai di Maipk tu tolong kira.. maklumlah.. kes complicated kan.. lagipun kadar fidyah perak tidak tetap.. sentiasa berubah-ubah..

Sampai sahaja di pejabat tu, takde pun pelanggan yang sdg menunggu.. nasib baik nih.. leh cepat balik.. igt nak eksesais la sket.. dah lama trainer tu mengumpul habuk je.. pergi je depan kaunter.. lepas bagi salam bgtau lah tujuan dtg nak bayar fidyah.. cik adik tu kata.. akak kena tunggu kejap, org yg boleh tlg kira fidyah tg hsembahyang.. so aza tunggulah dgn penuh sabar...

15 mins later.. dtglah kakak nih melayan.. so far OK lagi.. then kasitaula nk bayar fidyah.. tp blum kira sbb xtau kadar fidyah berapa.. dia pun tanya-tanyalah bila x posa.. brape dh ganti etc etc.. then dia print out kertas kira-kira tuh.... mak aiiii... tergezut!!... xkanlah sampai 251 cupak utk tahun ni je... cm x btul je kira-kira dia nih.. since i just started paying my fidyah last year, aza pun tanyelah.. camne nk bayar fidyah yg tahun2 sblm tuh.. minta tlg kirakan... dia punye reply... mmg kerek gile x hengat lah.. bengkek je dengar.. bole ke dgn nada sumbang nye dia ckp:


"HABIH TU!! YG TADI U BGTAU TU APA??!!"
" TENGOKLAH KT JADUAL TU! SEMUA SKALI RM 652.50.. U KENE SETEL LA TU SUMER!" 

So aza ckplah.. yg td tu utk tahun ni.. i asked her to please kirakan utk tahun-tahun lepas.. last year punya dah bayar.. tp 2 tahun sblm tu x bayar..  nak lah setelkan semua skali.. then bole plak dia ckp..

"U CAKAP APA NI?? TAHUN LEPAS DAH BAYAR.. YOU TOLAK LA DARI JUMLAH KAT SINI.. U CARI LAH BALIK BERAPA U DAH BAYAR!"

i pun jd konfius.. tanye la dia balik "ada kena mengena ke dengan bayaran tahun lepas?" bole pulak dia ckp balik..

"AWAK RASA.. ADA KENA MENGENA TAK??"

ek eleh.. kerek gile.. kita tanya dia sebab rasa dia mesti lah lagi mahir.. sebab mmg dah kerja kat majlis agama kan.. bengong.. malas nk layan.. i amik je kertas tu.. and balik rumah kira sendiri.. buang masa je duk kat situ.. dahla time dia ckp kerek2.. ramai plak customer masuk..ishk! x patut betullah.