Monday, November 14, 2011

Dah Dapat Kunci Rumah

Alhamdulillah, minggu lepas dah ambil kunci dari developer.. seronok sangat!!.. tak sabar rasanya nak masuk rumah.. kalau boleh.. sekarang jugak nak masuk! hahaha.. masa ambil kunci, developer siap bagi souvenirs.. dapatlah folder satu, keychain 4 bijik, dan teh cina sekotak..





Rumah pun dah check defect weekend haritu.. al maklumlah husband engineer, aza plak.. anak kontraktor.. macam-macam lah kami komplen.. but overall, dia punya built up okay dan cantiklah jugak..

Semalam pun dah panggil tokey grill datang ukur.. pagi datang ukur.. ptg tuh terus dia kol bagi quotation.. and kami pun on jer.. terus dtg rumah dia, bincang-bincang sket mintak diskaun.. dan terus bayar deposit.. malas nak pening-pening fikir lama-lama husband cakap.. bayar je trus.. lagipun nak tunggu grill tu siap mau 2-3 minggu jugak.. 

Lepas nih, nak survey kitchen cabinet pulak.. nnt balik kl, nak borong lagi lampu dan kipas kat puchong.. balik nilai.. nak survey langsir kat nilai.. cuti skolah nih.. bolela wat projek jahit langsir.. best best!

Friday, October 28, 2011

Gundah gulana.. Surgery lagi..



Last week dapat email daripada Dr. Amnuay. Dia bertanya mengenai progress kaki Wafiy.. yelah.. dah lama tak cerita mengenai Wafiy.. Kali terakhir kami pergi ke Bangkok adalah pada bulan April yang lepas.. Ini bermaksud, sejak kami menghubungi Dr. Amnuay, sudah tiga kali kami berulang alik ke Bangkok berjumpa dengan Dr.Amnuay.. kali terakhir kami berjumpa tu, Dr. Amnuay pakaikan Wafiy dengan cast dan  suggest Wafiy pakai custom made brace setiap malam supaya tidak berlaku lagi relapse..

Ini kerana selepas kami balik dr Bangkok untuk kali ke-2, kami buat temujanji dengan pihak ukm sebab Dr.Amnuay maklumkan Wafiy perlu menjalani tibial tendon transfer surgery. Seeloknya, buat di Malaysia kerana kosnye lebih murah. Dia suggest kami berjumpa dengan PRof. Sharaf di ukm. Tapi malangnye, pihak ukm tak mahu terima case Wafiy. Pada masa yg sama, mereka dah buka cast pada kaki Wafiy tapi tak nak pasang balik.. Sangat kecewa masa tu.. orang melayu pun tak mahu tolong anak bangsa sendiri.. kalau tak nak buat surgery.. at least pasang la balik cast tuh..

Selepas dua bulan, kaki wafiy mengalami relapse.. maksudnye.. kaki kiri dia mula bengkok semula bila dia berdiri dan berjalan.. Contact dengan Dr. Amnuay, dia minta kami datang untuk check-up..

Bulan April lepas, kami terbang lagi ke Bangkok. Masa jumpa dia, memang ada mention yang brace tu bukan permanent solution untuk kaki Wafiy.. Untuk betulkan semula, wafiy still perlu jalani pembedahan tendon transfer tu.. tapi chance untuk berjaya pun 50-50 sebab wafiy dah pernah jalani pembedahan yang sama.. bimbang kalau tendon yang hendak dipotong tu dah takde dan tak boleh guna lagi.. yang buat kami rasa cam hampeh.. bole pulak dia cakap .. dia tak nak la pulak jadi kambing hitam kalau dia buat operation..operation tu tak menjadi atas sebab yang tadi.. resah gelisah kami dibuatnya.. tambahan pula, kos surgery mestilah mahal.. sebab hospital tu hospital swasta.. jadi, kami tak decide apa-apa pun mengenai surgery tu.. just minta dia buatkan brace untuk wafiy..

Then, last week.. Dr. Amnuay minta inform progress wafiy.. what can i say.. memang takde improvement pun kat kaki kiri dia tu.. dia still suka nak tilt at the outer side of his foot bila berjalan.. Minta pendapat Dr. Amnuay balik.. And this is his reply :

"He definitely needs a tibialis tendon transfer on the left side. But since he had this tendon transfer before with probably a failure. I would like to say that if he is my son, I will attempt an operation to restore a proper pull of the ankle dorsiflexion."

nak kena surgery jugak ke nih.. rasa gundah gulana.. resah gelisah.. banyak persoalan tetiba berada di benak pemikiran.. aduuhhhh.. tak tahu nak buat keputusan macam mana.. nak buat jugak ke tidak.. pening nak fikir.. macam-macam nak kena fikir, consider.. kos, kesan dari surgery tu, nak travel ke sana lagi, nak duk kat mana, .. fenin lah... rasa cam x ready lagi nak tengok wafiy go through another surgery.. hubby pulak masih belum bagi apa-apa pandangan..  rasa nak nangis!! uwaa....

Wednesday, September 14, 2011

Hobi baru

I have a new hobby...

It's BEADING!


Ini projek untuk raya haritu.. jahit manik pada baju raya.. tapi hanya sempat jahit pada lengan baju.. so sekarang nak kena sambung balik projek menjahit manik ini.. nak jahit pada badan pulak... nanti dah siap.. memang bling bling lah bajuku..

rasa seronok sebab dapat menambahkan skill menjahit sedia ada..  lepas terer jahit manik.. rasa nak gi belajar jahit baju kebaya pulak.. sebab dah dua kali tempah.. dedua baju sangat hampeh.. kedut sana sini.. ketat tak kena tempat.. mari menjahit!

Tuesday, September 13, 2011

Cerita Raya

Salam Lebaran kepada semua!..
harap masih belum terlambat.. hehehe.. masih dalam mood raya ke korang?..

Raya tahun nih memang raya sakan lah kami.. kebetulan cuti raya jatuh pada musim cuti sekolah dan cuti kemerdekaan.. alang-alang cuti seminggu.. my hubby pun layan cuti seminggu jugak.. alang-alang dia tak kena standby this year.. baik raya pepuas..

Plan nak balik nilai pepagi selepas Subuh hari Sabtu.. al-sudahnya.. pukul 9-10pg jugak baru gerak.. the best thing abour living out of big city.. bila time-time perayaan.. while jalan you all jem giler.. my way selalu clear jer.. sebab org lain semua nak balik kampung.. we all nak balik bandar.. hehe


On that night, we had our break fast together with my family at nilai.. it's also wafiy's birthday.. so we had a sesi nyanyi-nyanyi lagu happy birthday and potong cake for him.. suka giler die!! Sebab hari-hari dia minta belikan kek.. wafiy selalu cakap harini birthday dia.. padahal x pun.. then pada hari ini.. 27 Aug.. impiannya tercapai.. sengiiihhh je..


Sehari sebelum raya balik rumah mertua di Gombak.. everyone were already there when we arrived.. tolong-tolong masak.. terasa sungguh ralat sebab selalunya a day before raya I'll be at my mom's house tolong my mother masak.. sorila mama.. this year x dapek den nak nolong.. dulu rumah dekat-dekat bolela lari sana kejap sini kejap.. skrg sudah jauh.. terpaksalah pilih kasih..

Pada hari raya kedua, pepagi lagi kami dah gerak balik my kampong di Pagoh, Muar, Johor.. saje gerak pagi, sebab tak nak sangkut dalam jem.. maklumlah, Pagoh tu kawasan Tan Sri Muhyiddin Yassin.. selalunya bila raya kedua dia akan buat rumah terbuka di Dewan Pekembar, Pagoh.. memang jalan nak masuk tol Pagoh sampai ke dewan tu akan jem gegiler.. kami pernah terkena masa raya beberapa tahun lepas.. gile sangkut kat tol dekat sejam lebih.. Alhamdulillah, masa kami sampai Pagoh, majlis baru nak start.. so trafik masih okay sebab blum ada banyak kenderaan masuk..

Raya di kampong tahun nih agak sentimental..  nenek yang ku panggil mak atuk tersayang telah pergi menghadap Ilahi pada bulan Feb yang lepas.. rasa sunyi je  .. masa mak atuk ada dahulu.. mesti riuh rendah dgn ngomong-ngomong mak atuk.. lepas tu.. asyik asyik suruh mangan, asyik asyik suruh mangan.. dah mangan kang dia suruh mentong pulak.. my mom plak nanti bebel asyik nak kena masaaaakk jer.. hahaha.. tapi itu semua tinggal kenangan.. rasa sayuuuu sangat bila tengok wajah bapak atuk (datuk).. dia asyik termenung je.. tgh makan pun boleh mengalir air mata bapak atuk.. masa nak balik haritu pun (aza antara yang terakhir balik dari kampong).. rasa cam tak sampai hatinya nak tinggalkan atuk sorang-sorang kat kampong..

My hubby plak mmg sgt suka balik kampong.. lagi-lagi bila dapat buat aktiviti yang paling dinanti-nanti.. MASUK KEBUN.. maklumlah budak Bandar.. ada can dapat masuk kebun.. lajuuu jerr nak ngikut.. hahaha.. itu pun dia balik lutut dah luka.. sebab melibas lutut sendiri dengan parang.. kekeke.. sebelum nih.. balik dgn kaki bergarit-garit..  tulah, masuk kebun pakai sluar pendek.. di sebalik kesedihan beraya tanpa mak atuk, we  did have fun meeting and visiting our relatives.. we spent 3 days in Johor and then back to Gombak..


We spent another day in Gombak, and on Sunday, we headed back to our home in Manjung..
Tahun nih memang takde buat rumah terbuka.. namun rumah kami sentiasa terbuka kepada sesiapa yang hendak datang berkunjung… Jemputlah ye.. Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin!