Showing posts with label wafiy. Show all posts
Showing posts with label wafiy. Show all posts

Friday, October 28, 2011

Gundah gulana.. Surgery lagi..



Last week dapat email daripada Dr. Amnuay. Dia bertanya mengenai progress kaki Wafiy.. yelah.. dah lama tak cerita mengenai Wafiy.. Kali terakhir kami pergi ke Bangkok adalah pada bulan April yang lepas.. Ini bermaksud, sejak kami menghubungi Dr. Amnuay, sudah tiga kali kami berulang alik ke Bangkok berjumpa dengan Dr.Amnuay.. kali terakhir kami berjumpa tu, Dr. Amnuay pakaikan Wafiy dengan cast dan  suggest Wafiy pakai custom made brace setiap malam supaya tidak berlaku lagi relapse..

Ini kerana selepas kami balik dr Bangkok untuk kali ke-2, kami buat temujanji dengan pihak ukm sebab Dr.Amnuay maklumkan Wafiy perlu menjalani tibial tendon transfer surgery. Seeloknya, buat di Malaysia kerana kosnye lebih murah. Dia suggest kami berjumpa dengan PRof. Sharaf di ukm. Tapi malangnye, pihak ukm tak mahu terima case Wafiy. Pada masa yg sama, mereka dah buka cast pada kaki Wafiy tapi tak nak pasang balik.. Sangat kecewa masa tu.. orang melayu pun tak mahu tolong anak bangsa sendiri.. kalau tak nak buat surgery.. at least pasang la balik cast tuh..

Selepas dua bulan, kaki wafiy mengalami relapse.. maksudnye.. kaki kiri dia mula bengkok semula bila dia berdiri dan berjalan.. Contact dengan Dr. Amnuay, dia minta kami datang untuk check-up..

Bulan April lepas, kami terbang lagi ke Bangkok. Masa jumpa dia, memang ada mention yang brace tu bukan permanent solution untuk kaki Wafiy.. Untuk betulkan semula, wafiy still perlu jalani pembedahan tendon transfer tu.. tapi chance untuk berjaya pun 50-50 sebab wafiy dah pernah jalani pembedahan yang sama.. bimbang kalau tendon yang hendak dipotong tu dah takde dan tak boleh guna lagi.. yang buat kami rasa cam hampeh.. bole pulak dia cakap .. dia tak nak la pulak jadi kambing hitam kalau dia buat operation..operation tu tak menjadi atas sebab yang tadi.. resah gelisah kami dibuatnya.. tambahan pula, kos surgery mestilah mahal.. sebab hospital tu hospital swasta.. jadi, kami tak decide apa-apa pun mengenai surgery tu.. just minta dia buatkan brace untuk wafiy..

Then, last week.. Dr. Amnuay minta inform progress wafiy.. what can i say.. memang takde improvement pun kat kaki kiri dia tu.. dia still suka nak tilt at the outer side of his foot bila berjalan.. Minta pendapat Dr. Amnuay balik.. And this is his reply :

"He definitely needs a tibialis tendon transfer on the left side. But since he had this tendon transfer before with probably a failure. I would like to say that if he is my son, I will attempt an operation to restore a proper pull of the ankle dorsiflexion."

nak kena surgery jugak ke nih.. rasa gundah gulana.. resah gelisah.. banyak persoalan tetiba berada di benak pemikiran.. aduuhhhh.. tak tahu nak buat keputusan macam mana.. nak buat jugak ke tidak.. pening nak fikir.. macam-macam nak kena fikir, consider.. kos, kesan dari surgery tu, nak travel ke sana lagi, nak duk kat mana, .. fenin lah... rasa cam x ready lagi nak tengok wafiy go through another surgery.. hubby pulak masih belum bagi apa-apa pandangan..  rasa nak nangis!! uwaa....

Tuesday, September 13, 2011

Cerita Raya

Salam Lebaran kepada semua!..
harap masih belum terlambat.. hehehe.. masih dalam mood raya ke korang?..

Raya tahun nih memang raya sakan lah kami.. kebetulan cuti raya jatuh pada musim cuti sekolah dan cuti kemerdekaan.. alang-alang cuti seminggu.. my hubby pun layan cuti seminggu jugak.. alang-alang dia tak kena standby this year.. baik raya pepuas..

Plan nak balik nilai pepagi selepas Subuh hari Sabtu.. al-sudahnya.. pukul 9-10pg jugak baru gerak.. the best thing abour living out of big city.. bila time-time perayaan.. while jalan you all jem giler.. my way selalu clear jer.. sebab org lain semua nak balik kampung.. we all nak balik bandar.. hehe


On that night, we had our break fast together with my family at nilai.. it's also wafiy's birthday.. so we had a sesi nyanyi-nyanyi lagu happy birthday and potong cake for him.. suka giler die!! Sebab hari-hari dia minta belikan kek.. wafiy selalu cakap harini birthday dia.. padahal x pun.. then pada hari ini.. 27 Aug.. impiannya tercapai.. sengiiihhh je..


Sehari sebelum raya balik rumah mertua di Gombak.. everyone were already there when we arrived.. tolong-tolong masak.. terasa sungguh ralat sebab selalunya a day before raya I'll be at my mom's house tolong my mother masak.. sorila mama.. this year x dapek den nak nolong.. dulu rumah dekat-dekat bolela lari sana kejap sini kejap.. skrg sudah jauh.. terpaksalah pilih kasih..

Pada hari raya kedua, pepagi lagi kami dah gerak balik my kampong di Pagoh, Muar, Johor.. saje gerak pagi, sebab tak nak sangkut dalam jem.. maklumlah, Pagoh tu kawasan Tan Sri Muhyiddin Yassin.. selalunya bila raya kedua dia akan buat rumah terbuka di Dewan Pekembar, Pagoh.. memang jalan nak masuk tol Pagoh sampai ke dewan tu akan jem gegiler.. kami pernah terkena masa raya beberapa tahun lepas.. gile sangkut kat tol dekat sejam lebih.. Alhamdulillah, masa kami sampai Pagoh, majlis baru nak start.. so trafik masih okay sebab blum ada banyak kenderaan masuk..

Raya di kampong tahun nih agak sentimental..  nenek yang ku panggil mak atuk tersayang telah pergi menghadap Ilahi pada bulan Feb yang lepas.. rasa sunyi je  .. masa mak atuk ada dahulu.. mesti riuh rendah dgn ngomong-ngomong mak atuk.. lepas tu.. asyik asyik suruh mangan, asyik asyik suruh mangan.. dah mangan kang dia suruh mentong pulak.. my mom plak nanti bebel asyik nak kena masaaaakk jer.. hahaha.. tapi itu semua tinggal kenangan.. rasa sayuuuu sangat bila tengok wajah bapak atuk (datuk).. dia asyik termenung je.. tgh makan pun boleh mengalir air mata bapak atuk.. masa nak balik haritu pun (aza antara yang terakhir balik dari kampong).. rasa cam tak sampai hatinya nak tinggalkan atuk sorang-sorang kat kampong..

My hubby plak mmg sgt suka balik kampong.. lagi-lagi bila dapat buat aktiviti yang paling dinanti-nanti.. MASUK KEBUN.. maklumlah budak Bandar.. ada can dapat masuk kebun.. lajuuu jerr nak ngikut.. hahaha.. itu pun dia balik lutut dah luka.. sebab melibas lutut sendiri dengan parang.. kekeke.. sebelum nih.. balik dgn kaki bergarit-garit..  tulah, masuk kebun pakai sluar pendek.. di sebalik kesedihan beraya tanpa mak atuk, we  did have fun meeting and visiting our relatives.. we spent 3 days in Johor and then back to Gombak..


We spent another day in Gombak, and on Sunday, we headed back to our home in Manjung..
Tahun nih memang takde buat rumah terbuka.. namun rumah kami sentiasa terbuka kepada sesiapa yang hendak datang berkunjung… Jemputlah ye.. Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin!


 

Thursday, August 4, 2011

Apa ada di syurga?

Mama aza : wafiy... esok wafiy puasa okay!
wafiy : okay.. buat apa nak puasa?
mama aza : kalau wafiy puasa.. nanti boleh masuk syurga
wafiy : kat syurga ada mainan tak??
* kalau dah budak.. mainan aje yang diingatnye.. layan je lah*
mama aza :  adaaa! wafiy nak mainan apa?
wafiy : semua nak..
mama aza : boleh.. nanti wafiy minta ape saje.. semua ada.. okay! tapi kena puasa lah.. boleh?
wafiy : okay.. mama.. kalau mama masuk syurga.. mama nak minta apa?
mama aza : ermm..
wafiy : haaaa... wafiy tauu! mama nak baju cantik-cantik ye..
mama aza : hehehe... boleh jugaak..

hahaha... wafiy.. wafiy.. hero mama sorang nih.. macam-macam

Monday, April 11, 2011

Seeking New Hope in Bangkok 1

Assalamualaikum...

Alahai.. dah lama blog ni tak berupdate kan.. mesti rakan-rakan nak tahu wafiy nyer progress selepas balik dari Bangkok kan? sorry, saya tak dapat nak update atas banyak sebab musabab.
    So ini cerita kami..

    Our first visit to Bangkok was on 5-8 Dec. Wafiy punya appointment sepatutnya on Dec 7th, tetapi sebab Dr. Amnuay perlukan masa yang lebih untuk examine Wafiy, he asked us to come on Dec 6th at 10.00 am. Nak setup appointment dengan Bumrungrad Hospital nih cukup senang sebab bole buat thru online saja. Tak perlu kol berpuluh-puluh kali macam di HKL. Kami naik flight Air Asia ke Bangkok.. masa tuh air asia paling murah sekali.. murah-murah pun xdelah murah sgt.. RM1300++ jugaklah untuk 3 orang.. so hentam sajalah.. hotel pun murah je.. sama macam di Malaysia.. and we pick hotel yang walking distance je dari hospital tuh.. Unico Express Hotel.
    my handsome boys at LCCT



    The first time we step into the hospital, we all felt so impressed. Sangat suka suasana di hospital dan klinik ortopedik.. Cam hotel je hospital nih.. Registration pun senang.. takde banyak songeh minta dokumen itu ini.. staff sungguh profesional.. di klinik, tiada sistem nombor.. kalau nak tahu macammana nurse panggil patient, kat borang patient.. ada gambar patient.. so nurse akan approach direct to the patient based on the photo on the form when his/her turn to see the doctor.. takde jerit-jerit nama cam orang gile.. or bunyi ting-tong-ting-tong bile nombor bertukar..
    Atrium view from Orthopaedic Clinic
     
    Our first appointment dengan Dr.Amnuay went very well. Initially, he explained that he is not an angel.. okay, understood that.. but he would try his best to make Wafiy feel better, to make his feet better..  he was so kind, gentle and explain things in a good manner.. sangat impress dengan perwatakan Dr.Amnuay nih. The way he speaks buatkan kami rasa he really do cares about his patient including Wafiy.. He took about 2 hours to examine wafiy.. he checked x-ray yang kami bawa.. siap ambil video cara wafiy berjalan and moves his feet.. he explained that some of his muscles are weak due to the previous surgeries.. so my husband tanyalah " if he didn't go through all these surgeries, will his feet still can be corrected?" and the doctor reply " Yes, if the doctor who attend to him is an expert".. huhuhu.. sedih rasa hati bila mendengarnya.. kalau ku tahu.. tak perlulah wafiy went though all those surgeries.. then Dr. Amnuay tanya " Is the doctor an expert?" uwaaaaaa!!! manalah saya tahuu... one thing for sure.. Dr. Amnuay kata ini first time dia dapat case CTEV yang dah multiple surgeries.. selalunya, tak perlu surgery pun katanya kalau betul-betul ikut teknik ponseti method.. dia siap warning to his students.. kalau sampai perlu surgery.. bawa patient tu kepada dia..
    Dr.Amnuay tengah cek movement kaki wafiy

    Anyway, on that day.. dia pasangkan cast pada kaki kiri Wafiy.. kemas sungguh cast yg dipasang.. lain caranya kalau nak dibanding semasa di HKL.. Dr. Amnuay kata.. bila nak pasang cast, patient mesti dalam keadaan tenang.. so kalau patient tuh baby lagi.. blum faham apa kita cakap.. patient tu akan diberi sedatif.. tapi sebab wafiy dah besar.. dr.amnuay minta papa dia slow talk and pujuk wafiy supaya calm and tak gerak-gerak masa cast tu dipasang.. kalau tak.. usaha tu sia-sia je sebab doktor nak kena align tulang, muscle, and tendon masa nak pasang cast.. Berbeza di HKL, doktor dan atendan akan tetap pasang walaupun anak kita melalak-lalak dan berguling-guling macam orang gila.. macam Wafiy dulu, sampai 5 orang nak kena pegang.. sampai doktor tu cakap.. "kalau Amir Wafiy nih.. saya charge double untuk pasang cast.. sampai lenguh-lenguh tangan saya pegang kaki dia".. sadis kan.. anyway.. Wafiy relax je masa dr. amnuay pasang cast.. cuma mukanya agak toya.. mungkin dia membayangkan lepas nih susah dah naik beskal sebab tak bole bengkokkan kaki.. pehtu tak bole swimming plak tu.. tapi kami pujuk dan slow talk dengan dia.. and we knew that dia memang faham kenapa dia kena pakai cast.
    Dr. Amnuay tengah pasang cast

    Siap pasang cast, we discussed that we should meet up in 3 weeks time.. kira-kira.. alahai.. tu minggu terakhir cuti.. as a teacher.. minggu terakhir cuti sem adalah minggu paling kritikal.. time tu lah meeting berderet-deret.. dan semua dokumen, perancangan, jadual waktu nak kena siap.. fikir-fikir.. anak punya pasal.. no hal lah.. so we have to come back to Bangkok in 3 weeks time.
    Alalala.. siaaannn wafiy

    we spent the evening and the next day to explore Bangkok.. alang-alang dah sampai sana.. rugilah kalau tak ronda-ronda.. semua shopping mall kami redah.. yang paling femes namanya MBK Mall.. not badlah.. kami pun ada ronda-ronda ke Pratunam, Suan Lum Night market, Siam paragon Mall, Chinatown.. Kami pergi visit Grand Palace.. hoho.. rasa nak tercabut kaki jalan dalam grand palace nih.. wafiy je relax.. sebab dia sentiasa atas stroller.. maklumlah.. kaki sebelah bersimen.. but it didn't stop us to enjoy our time in Bangkok.
    Kat grand palace.. wafiy yang ambil gambar :)

    Happy Wafiy
     

    Friday, December 3, 2010

    Seeking New Hope

    For the past 2 weeks, i've been communicating with a doctor from Bangkok regarding wafiy's case. Her name is Dr.Amnuay Jirasirikul and he is a certified Ponseti method to treat clubfoot. I got his email from a blog (clubfootmalaysia.blogspot.com). The author, Ina has a daughter with unilateral clubfoot (means only one foot is affected) and received treatment from Dr.Amnuay and the result sounds promising.

    So, I thought why don't I just give it a try. Moreover, I intend to seek for a second opinion regarding wafiy's condition, so why not asking the right person. Therefore, I sent an email, expain in details wafiy's foot condition, his treatment and surgical history, photos of his foot.. and how much we need his expert opinion and how much we hope to see wafiy's foot to be normal but not through another agonizing and depressing surgery.

    To my surprised, after few hours, he replied my email and asking for a video of wafiy's walking.. okay.. that's a good sign.. he shows some interest.. So right away, I sent the video clip.. The next day, he came out with a plan on how he would take care of wafiy.

    ding!ding!ding!.. it's a new hope for us.. :)

    From his email, he wants us to meet him in Bangkok. We are sooooo excited.. However, I have my own concern.. nothing else than $$$$$$$$$$..
    First, there's the flight tickets (at least 4 round trip tickets for 3 of us since both of his feet need to be recast biweekly).
    Second, the accomodation (need to sleep somewhere for sure).
    Third, the medical fees.

    So, I mentioned to Dr.Amnuay regarding my concern. Rasa terharu sangat2 bila dia reply suruh we all just book flight tickets and he will take care of the rest.. memula sounds macam fishy, sebab tak pernah jumpa doktor akan cakap macam ni, but later i realize.. this doctor actually has a pure heart and sangat caring to help his patient. He even invited us to stay at his condo for free of charge.. alahai!.. adeker org lain nak buat macam ni.. dahla kita nih dikira sbg strangers kan.. sebab tak pernah jumpa pun lagi.. tapi dia sungguh baik hati nak offer tempat tinggal dia.. tp we all just book hotel room sebab since sekrg cuti sekolah.. bolela ronda2 bangkok.. nxt time, bolela jimat2 stay kt rumah dia sahaja.. 

    Lepas discuss dengan husband, we decided to fly to Bangkok this Sunday, Dec 5th. And our appointment will be on Tuesday, Dec 7th at Bumrungrad Hospital. Because of that, I have to cut short my initial plan to take care of my mother for another week. hari isnin petang dah drive balik semula ke manjung ditemankan heroku ini, wafiy. Haritu tuk dan wan (belah papa dia) ambil dia dari manjung dan bawak balik kl. So terpaksa la angkut dia semula balik manjung to prepare the papers.

    So we are all set. Can't wait to see Dr.Amnuay soon. Hope for the best. Pray for our safe trip.

    Wednesday, November 3, 2010

    Another Surgery? - Stress!

    Wafiy is scheduled for another surgery on 3rd December. It is his 5th surgery and second this year. His latest surgery was in June. This is also means it will be his 7th time entering OT and getting full general anaesthetic. I'm worried. My head spinning. It breaks my heart to see him going through all these surgical procedures again. Should there any non-surgical treatment? The doctors.. yes, the doctors, 3 specialists take turns to examine wafiy's left foot. I can see disappointment on their faces too. They seems not sure what to do to fix wafiy's foot, until their big boss came over and suggest we need another surgery. I almost on tears. Feel anxious. Lots of doubts and thinking about the complications make it worst. Will he ever be walking like any normal kids? Stress!

    My mother is also scheduled for a knee surgery. It will be on 23rd November, which is less than two weeks before wafiy's surgery. So, I'll be spending the school holidays as a mommysitter and babysitter taking care of my mother and wafiy. Am i strong enough to take good care of these two people whom i love so much? Stress!

    I missed my period this month. Thought i might be pregnant since i keep having a headache and bloating. Did a hpt test this morning. It's only a line. No! I'm not pregnant. Stress!

    Tuesday, August 24, 2010

    Wafiy

    Wafiy : Mama, nak aiskrim.
    Me : Bak duit nak beli aiskrim.
    Wafiy : Mama kan ada duit.
    Me : Mana ada duit.
    Wafiy : Ada, dalam beg mama ada banyak duit.

    Me : Wafiy, kenapa gigit puting nih? Kan dah koyak lagi.
    Wafiy : Takpe ler.. mama belilah baru

    Ewah-ewah.. budak-budak zaman sekarang untung betul. nak ape je mesti dapat.. kalau kita dulu  nak makan McDonald sebulan sekali pun belum tentu dapat.. budak skarang kalau boleh nak makan McD setiap minggu. lagi pulak kalau area yang yg ada mcd drive thru..   camne ye? nak betulkan mind anak-anak nih yang mak bapak dia bukan tukang cap duit??

    Thursday, August 12, 2010

    Salam Ramadhan

    Salam Ramadhan to all my Muslim friends..
    Semoga kita semua dilimpahi rahmat dan keberkatan di dalan bulan yang mulia ini.

    hari ini baru hari kedua puasa, tetapi terasa sangat letih. dengan keadaan yang kurang sihat ( batuk dan selsema ) , cuaca yang amat panas, terasa dugaan betul berpuasa hari nih. rumah pun tunggang langgang, rasa tak larat nak kemas. kejap lagi nak masak untuk berbuka pula. sangat tidak suka bila batuk nih.. mesti lama.. ni dah 2 minggu masih tak baik-baik lagi. makan ubat pun tak baik jugak. dah tu.. badan rasa cepat penat, letih dan tak selesa. ada sorang my student lagikla.. nama dia vicknesh.. dia nih mental impairment, x pandai cakap pun.. tapi bila nampak cikgu dia nih batuk.. dia cakap "bushuukkkk!".. sabo jelah.

    anyway, wafiy punye cast bukak dah last 2 weeks. unfortunately, one of the stitches ada sket problem. masuk air agaknye, jadi luka tu x kering dan ada kuning2. patutla ada bau-bau yang kurang menyenangkan. ingatkan mmg kaki dia bau macam stokin 5 minggu x basuh sebab dah lama sgt terperap, rupanya ada something wrong. haha! masa bukak cast tuh, kami dah agak mesti dasat keadaan kaki dia, skali bukak... mak aiihhh!! technician yang bukak tuh ckp ape tau " haaaa tu diaaaa! macam belacan sungai petani!"..  hehe

    Tu pun nasib baik x kena tahan masuk wad. doktor suh wat daily dressing je. Alhamdulillah, skang luka tu dah makin kering. lepas nih bole gi swimming balik, bole mandi sendiri.. x larat dah nk angkat-angkat big boy nih. mengada-ngada terlebih sudaahhh..

    oklah.. kepada kawan-kawan.. selamat berpuasa ye! perbanyakkan ibadah di bulan yang mulia ini.. semoga kita semua dilimpahi rahmat dan keberkatan.. doakan juga kami akan dapat cahaya mata lagi.

    Friday, July 9, 2010

    Sudah barai

     
     
    Wafiy punye cast sudah barai.. sungguh aktif budak ini.. walaupun wafiy pakai cast, dia boleh main hentam je jalan-jalan sana sini, lari-lari, naik turun tangga, lompat-lompat, naik beskal. few days ago, masa ambil wafiy dari rumah pengasuh, pengasuh dia beritahu cast dia ada yang tertanggal, so diaorang letak cellotape. hahaha.. kelakar tengok kaki budak nih bercellotape sana sini. Balik rumah, aza cek lah cast dia, ishk ishk ishk.. yang bahagian tumit tuh dah berlubang ghupenye, dah tertanggal pun cast tuh. Dasat betullah anak aku nih.

    Malam tuh, papa dia pun pergilah farmasi beli cast lain. nak top up another layer as reinforcement. tapi tak dapat yang warna yang sama. Cast asal warna biru, yang baru warna hijau.. hahaha.. hantam sajalah!

    Yang best, bole pulak si wafiy nih cakap " mama, tengok nih.. dah rosak dah ni.. dah tanggal tanggal.. wafiy jalan jalan banyak sangat la mama".. haishh! tahu pun..

    La ni tengok cast yang baru  nih pun macam ala-ala nak barai jugak.. sebab ada serpih-serpih warna hijau merata-rata kat dalam rumah.. huhu.. lepas nih suh papa awin letak cast warna merah pulak la ye.. biar jadi cam kaler stoking badut.. hohoho!

    Sunday, June 27, 2010

    Wafiy@Hospital vs Wafiy@Home

    Wafiy @ Hospital

    After 6 hours of surgery, still screaming.. asking for his mom to urut2 his kaki

    Wafiy @ Home


    After 10 days of surgery, he already became an Ultraman Cosmos.. and keep running around the house. And yeah! he can ride his bike too with his cast on.

    Monday, April 26, 2010

    Rindu rinduan

    me : wafiy, tadi papa call. papa kata dia rindu kat wafiy.
    wafiy : papa awin rindu wafiy??!hahaha
    me : wafiy tak rindu papa ke?
    wafiy : mmm... wafiy rindu donat ngan karipap
    me : hah?
    wafiy : wafiy rindu donat dengan karipap lar. papa awin hantar wafiy pegi skolah ada donat ngan karipap. mama aza hantar wafiy takde donat ngan karipap.
    me : hahaha!

    papa awin.. cepat balik! wafiy rindu donat ngan karipap nihhhh!

    Saturday, March 13, 2010

    Kena potong tak?

    Esok wafiy akan kena admit ke Institut Pediatrik HKL untuk buat surgery. Owh, ini surgery yang ke-4 to fix his feet. But this time, only the left foot. Tinggal sikiiiiiitttt lagi nak betulkan. Operation is scheduled on Monday. Kalau betul2 on.. x taula giliran ke berapa sebab dia dah besar. Kalau dulu-dulu.. selalu dia yang first dulu akan masuk OT, pukul 7.30am dah get ready nak masuk dah. yang x tahan tu, kalau lambat masuk.. means lama la dia nak puasa. takut dia meraung-raung je nanti nak susu. on the other hand, dia ada selsema sikit. Sepatutnya, 2 weeks before operation tak bole ada selsema, batuk atau demam. rasa-rasa macam nak kena reject dgn dr.bius esok nih. tak tahulah.. kami plan nak pergi je dulu.. kalau dia kata tak boleh buat.. boleh terus setup date baru.

    To prepare wafiy nak kena operation, awal-awal lagi kami selalu pesan kat dia ;
    "wafiy, nanti kita nak pergi hospital tau,. Doktor nak cek kaki wafiy pastu nak betulkan kaki wafiy. doktor nak kasi kaki wafiy jadi cantik. nanti kita duduk sama sama kat hospital ok!"
    Wafiy akan cakap :
    "ok! tapi kena potong tak? kalau potong wafiy tak nak.. cek ajer tau.. tak nak potong"
    Nak sedapkan hati dia :
    "Taakk... doktor tak potong. Dia tebuk ajer."
    wafiy akan cakap lagi :
    "Ok! tak nak potong tau!"
    hahaha.. dia tak tahu lagi maksud tebuk tu apa.

    Doa doakanlah semuanya selamat ye!

    Saturday, February 13, 2010

    Wafiy nak tu!

    Macam biasa, hari ni pick up wafiy from daycare at 6 pm. Sampai aje depan pintu..

    wafiy : mama, ambil la tu.
    me : mana boleh ambik.
    wafiy : ala mama.. mama angkat la.. wafiy nak tu
    me: x bolelah.. tu bukan mama punya.. nanti mama dia cari macam mana
    wafiy : taaakk! wafiy nak jugak.. wafiy nak tu!
    me: kalau mama ambil, nanti sape nak jaga?
    wafiy : wafiy la jaga
    me: sape nak mandikan dia?
    wafiy : wafiy
    me: sape nak bagikan dia susu?
    wafiy : mama buatla susu.. wafiy bagi
    me : eh.. camtu pulak.. x bolelah.. nanti mama dia marah
    wafiy : taaak! mamaaa! wafiy nak tu! wafiy nak jugak! mama angkatla! wafiy nak tu! wafiy nak tu! wafiy nak tuuu!!(dah menangis meraung-raung la plak depan pintu)

    dalam hati ni : alahaaiiii anak omak nih..

    nak tau ape bendenya yang 'tu' tu? ada baby nih kat taska yg wafiy mmg suka giler. baby tu umur 6 bulan tapi chubby kemain. Kulitnya putih, mata dan kening baby tuh  ala ala orang mongolia. maybe mmg descendant ghengis khan kot sebab nama dia fairuz khan. haha.

    anyway.. kesian gak kat wafiy.. mmg dah nak adik sangat-sangat. slalu suruh orang panggil dia abang. dia sendiri pun slalu cakap "wafiy abang". kalau tanya nak baby ke, dia mesti cakap nak. pastu tanya nak baby girl ke boy.. he always says "baby boy!".. oowwhh cari geng rupenye.. x pelah. sabarlah ye nak.. insya Allah adela baby tu nanti.