Showing posts with label rambling. Show all posts
Showing posts with label rambling. Show all posts

Tuesday, May 31, 2011

Projek Cuti Sekolah

PROJEK CUTI SEKOLAH



huhu.. tengok tuh.. baru siap sepasang.. ada LIMA pasang lagi nak jahit.. bole ke siap nih sebelum habis cuti.. pinggang dah sakit nih.. mau kena ada orang urut nih.. sape sape sudi.. sila angkat tangan.. saya upah tolong jahitkan butang yang tercabut tu FOC.. kalau siap semua nih.. waaahhh!! cikgu aza bergaya lah dengan baju-baju baru ye buka sekolah nanti.. hehe

Kurus ke??

Lately selalu dengar statement camnih :
"aza, nampak kurus lah"
"eh, dah kecut sket nampak"
"kak aza.. kecik je nampak skang"


Hehe.. happy.. sebab berat sudah turun.. yeay!
Tapi takdelah kurus.. berat turun jeh..

another milestone to get preggy.. oh yeyeyeyeh!

Friday, December 3, 2010

First Step is always precious

Mama taking her first step after surgery

Aza rasa sangat berbangga dengan mama yang mempunyai semangat yang kuat. She is recuperating very well. Semua doktor, nurse dan physiotherapist sgt impressed dengan mama punya progress. Mana taknya.. by 3rd day, lutut dia dah boleh bent 30deg, by 4th day boleh bent 75deg, by 5th day.. dah boleh bent 90deg dan jalan tatih tatih guna walking aid. Physiotherapist tu punyelah suka tengok mama dah boleh bangun dan jalan.. siap tepuk-tepuk tangan lagik... Doktor-doktor dan nurse semua puji-puji my mother... since i was there most of the time.. i heard a lot of "makcik nih baguslah".. "makcik cepat ye baik".. "makcik dah boleh bengkokkan lutut ye, cepatnya" .. wahh.. rasa bangga pun ada, rasa syukur pun ye.. Alhamdulillah.. the surgery went well, and my mother is feeling good too. Mama kata dia xdelah rasa sakit sangat pun, sikit-sikit je.. sebelum surgery dulu laaaaagiii sakit katanya.

Sememangnya, my mother memang seorang yg kuat semangat. She's been thru a lot. Dan aza sangat kenal dengan perangai mama yang tak suka menyusahkan orang lain. Sebab tu dia kuatkan semangat nak cepat-cepat boleh jalan supaya senang dia bergerak sendiri tanpa perlukan bantuan orang lain. Tengoklah gambar kat atas tuh.. bukan main happy betul dia dah dapat bangun dan jalan-jalan.. Kepada yang mendoakan.. terima kasih banyak-banyak.
Walaupun menjaga org sakit di hospital can be very exhausting, tetapi.. aza rasa puas dapat jaga dan teman mama sepanjang di hospital. Bagi aza, it is time for me untuk balas balik segala pengorbanan mama. Tambahan pula.. mama lah yang jaga aza semasa dalam pantang dahulu. Teringat susah payah mama naik turun tangga hantarkan makanan, bawakkan air panas, jaga wafiy setiap pagi, sediakan kain baju semua. mama jugalah yang jaga aza dan wafiy berbulan-bulan selama kami tinggal di rumah mama supaya kami senang nak berulang-alik ke hospital setiap minggu. Mama jugalah yang menjaga, membelai, mendidik, dan memberikan sepenuh perhatian dan kasih sayang kepada wafiy sepanjang setahun aza mengikuti kpli dahulu.. tak terbalas rasanya pengorbanan-pengorbanan ini.

Kawan-kawan yang masih ada ibu.. jagalah dan belailah ibu anda sementara dia masih ada.. sekiranya dia sakit, take your time off from your busy schedule to take care of your mother.. it really does worth it...

Saturday, November 20, 2010

So.. Macammana?

So, based on last entry.. saya dah ambil beberapa resolution.

Pertama : Kami decide x nak pursue with the surgery. Dah try call ortho clinic hkl berpuluh-puluh kali untuk cancel surgery.. tapi tak pernah ada orang angkat telefon. Tak kisahlah tu.. sebab kalau kami tak datang for sure tak boleh buat surgery kan?!. Saya dah contact specialist dari Burumgrad Hospital, Bangkok.. namanya Dr.Amnuay regarding Wafiy's case.. So sekarang kami sedang beremail-emailan berkongsi maklumat.. tapi masih belum ada final words on how to proceed with the case.. bersabar.

Kedua : Since wafiy tak jadi nak kena operation, maknanya saya akan jadi mommysitter sahaja. Oleh kerana mama punya operation buat di Hospital Selayang.. dan sah sah saya kena tidur di hospital jaga mama.. wafiy kena lah dijaga orang lain. Mula-mula, papa dia sungguh hesitate nak jaga.. biasalah orang lelaki.. tapi semalam dia setuju juga nak jaga wafiy di manjung... haaahh!!.. legaaaa!!..  Mungkin sebab dia tanak saya bawa kereta jauh-jauh berdua dengan wafiy dan tak nak susahkan orang lain jaga wafiy.. alah! bukan susah sgt pun nak jaga.. pagi hantar rumah pengasuh, balik kerja petang ke malam, ambil semula.. malam lepas baca buku, layan dia main game, pastu gaduh-gaduh, pastu tido peluk2.. saya dah siap pesan kat pengasuh tuh kalau papa dia lambat, kasi mandi pakai baju tidur sesiap.

Ketiga : Setelah berusaha pelbagai cara untuk mengandung.. menghabiskan beratus-ratus ringgit utk treatment..tapi still tak mengandung jugak.. saya decide untuk lupakan sekejap pasal nak cuba mengandung.. tetapi.. nak lebih fokus kepada menurunkan berat badan.. huhu! Sebab specialist tuh asyik cakap kena turunkan berat badan supaya hormon tu stabil.. dia pernah bagitau maybe kalau aza dapat turunkan berat badan sama macam masa dapat mengandungkan wafiy.. maybe ada chancelah untuk aza mengandung.. mak aiii!! 10 kilo nak turun nih.. aihh!! kena buat appointment dengan dr.rozmey la pulak pasnih?? bole?! hehe...

Wednesday, November 3, 2010

Another Surgery? - Stress!

Wafiy is scheduled for another surgery on 3rd December. It is his 5th surgery and second this year. His latest surgery was in June. This is also means it will be his 7th time entering OT and getting full general anaesthetic. I'm worried. My head spinning. It breaks my heart to see him going through all these surgical procedures again. Should there any non-surgical treatment? The doctors.. yes, the doctors, 3 specialists take turns to examine wafiy's left foot. I can see disappointment on their faces too. They seems not sure what to do to fix wafiy's foot, until their big boss came over and suggest we need another surgery. I almost on tears. Feel anxious. Lots of doubts and thinking about the complications make it worst. Will he ever be walking like any normal kids? Stress!

My mother is also scheduled for a knee surgery. It will be on 23rd November, which is less than two weeks before wafiy's surgery. So, I'll be spending the school holidays as a mommysitter and babysitter taking care of my mother and wafiy. Am i strong enough to take good care of these two people whom i love so much? Stress!

I missed my period this month. Thought i might be pregnant since i keep having a headache and bloating. Did a hpt test this morning. It's only a line. No! I'm not pregnant. Stress!

Monday, September 27, 2010

Missing U

Sangat rindu sama hubby.. wafiy pun sangat rindu dengan papa Awin..
papa awim kalau free telefonlah kami kt sini.. nk telefon sana mahallah..
wafiy hari-hari komplen papa awin nih lambat sangat balik kerja.. tadi lepas pick up wafiy dari babysitter dia kata nampak kereta papa awin.. padahal takde pun.. siann.. nampak telefon je nak telefon papa..

rindu dirimu yeaahhhhh 
na na na na na na na

we are not asking you to come back soonest possible.. tapi lain kali, bawakla kami sekali.. hehe

Tuesday, August 24, 2010

Wafiy

Wafiy : Mama, nak aiskrim.
Me : Bak duit nak beli aiskrim.
Wafiy : Mama kan ada duit.
Me : Mana ada duit.
Wafiy : Ada, dalam beg mama ada banyak duit.

Me : Wafiy, kenapa gigit puting nih? Kan dah koyak lagi.
Wafiy : Takpe ler.. mama belilah baru

Ewah-ewah.. budak-budak zaman sekarang untung betul. nak ape je mesti dapat.. kalau kita dulu  nak makan McDonald sebulan sekali pun belum tentu dapat.. budak skarang kalau boleh nak makan McD setiap minggu. lagi pulak kalau area yang yg ada mcd drive thru..   camne ye? nak betulkan mind anak-anak nih yang mak bapak dia bukan tukang cap duit??

Thursday, August 12, 2010

Salam Ramadhan

Salam Ramadhan to all my Muslim friends..
Semoga kita semua dilimpahi rahmat dan keberkatan di dalan bulan yang mulia ini.

hari ini baru hari kedua puasa, tetapi terasa sangat letih. dengan keadaan yang kurang sihat ( batuk dan selsema ) , cuaca yang amat panas, terasa dugaan betul berpuasa hari nih. rumah pun tunggang langgang, rasa tak larat nak kemas. kejap lagi nak masak untuk berbuka pula. sangat tidak suka bila batuk nih.. mesti lama.. ni dah 2 minggu masih tak baik-baik lagi. makan ubat pun tak baik jugak. dah tu.. badan rasa cepat penat, letih dan tak selesa. ada sorang my student lagikla.. nama dia vicknesh.. dia nih mental impairment, x pandai cakap pun.. tapi bila nampak cikgu dia nih batuk.. dia cakap "bushuukkkk!".. sabo jelah.

anyway, wafiy punye cast bukak dah last 2 weeks. unfortunately, one of the stitches ada sket problem. masuk air agaknye, jadi luka tu x kering dan ada kuning2. patutla ada bau-bau yang kurang menyenangkan. ingatkan mmg kaki dia bau macam stokin 5 minggu x basuh sebab dah lama sgt terperap, rupanya ada something wrong. haha! masa bukak cast tuh, kami dah agak mesti dasat keadaan kaki dia, skali bukak... mak aiihhh!! technician yang bukak tuh ckp ape tau " haaaa tu diaaaa! macam belacan sungai petani!"..  hehe

Tu pun nasib baik x kena tahan masuk wad. doktor suh wat daily dressing je. Alhamdulillah, skang luka tu dah makin kering. lepas nih bole gi swimming balik, bole mandi sendiri.. x larat dah nk angkat-angkat big boy nih. mengada-ngada terlebih sudaahhh..

oklah.. kepada kawan-kawan.. selamat berpuasa ye! perbanyakkan ibadah di bulan yang mulia ini.. semoga kita semua dilimpahi rahmat dan keberkatan.. doakan juga kami akan dapat cahaya mata lagi.

Friday, July 9, 2010

Sudah barai

 
 
Wafiy punye cast sudah barai.. sungguh aktif budak ini.. walaupun wafiy pakai cast, dia boleh main hentam je jalan-jalan sana sini, lari-lari, naik turun tangga, lompat-lompat, naik beskal. few days ago, masa ambil wafiy dari rumah pengasuh, pengasuh dia beritahu cast dia ada yang tertanggal, so diaorang letak cellotape. hahaha.. kelakar tengok kaki budak nih bercellotape sana sini. Balik rumah, aza cek lah cast dia, ishk ishk ishk.. yang bahagian tumit tuh dah berlubang ghupenye, dah tertanggal pun cast tuh. Dasat betullah anak aku nih.

Malam tuh, papa dia pun pergilah farmasi beli cast lain. nak top up another layer as reinforcement. tapi tak dapat yang warna yang sama. Cast asal warna biru, yang baru warna hijau.. hahaha.. hantam sajalah!

Yang best, bole pulak si wafiy nih cakap " mama, tengok nih.. dah rosak dah ni.. dah tanggal tanggal.. wafiy jalan jalan banyak sangat la mama".. haishh! tahu pun..

La ni tengok cast yang baru  nih pun macam ala-ala nak barai jugak.. sebab ada serpih-serpih warna hijau merata-rata kat dalam rumah.. huhu.. lepas nih suh papa awin letak cast warna merah pulak la ye.. biar jadi cam kaler stoking badut.. hohoho!

Monday, June 28, 2010

Our house

Tak siap pun lagi.. rumah kami yang tiang paling hujung sebelah kiri.. tak sabar nak tengok rumah ni macam mana sebab showhouse pun tak siap lagi. boleh imagine imagine je based on the house plan.. dah beli rumah nih, jadi oghang perak le teman. hah tunggu apa lagi kome, moh le kite ke manjung!

Wednesday, June 9, 2010

Cuti Sekolah ker?

cuti sekolah sudah bermula.. cuti ker?? tak macam cuti pun.. kalau orang tanya, cuti sekolah pergi mana?.. selamba je aku jawab.. sekolah lah!.. in fact, i'm at school right now, at this moment. siapa kata cikgu cuti bila cuti sekolah.. sampai sekolah tadi.. banyak je kereta cikgu kat skolah.. nih semua cikgu-cikgu yang berkorban buat kerja amal buat kelas tambahan untuk anak-anak murid. Aku? nak kena jumpa ppm bagi tugas-tugas waktu cuti sekolah nih.. dan selesaikan beberapa paperwork dan pengisian data.. huhu.. adeke.. last day of school.. hari jumaat petang haritu ppd panggil pergi mesyuarat.. kesian.. semua penyelaras dan pkpk termasuk aku pening nak kena siapkan data waktu cuti.. baru kejap tadi ada pkpk call sebab dia tak boleh masukkan data dan minta tolong dia.. nasib baik jiran.. jumpa kat rumah je lah ye 

Wafiy punye operation sepatutnya hari Isnin nih. tak konfem jadi ke tidak.. sebab dia macam berhingus balik.. macam nak kena tangguh lagi.. esok baru nak call hospital.. kalau tangguh lagi.. nampaknye dah 2 kali tangguh..

baru dapat tahu tadi one of my teachers dah mengandung.. alhamdulillah dan tahniah untuknya.. tapi aku... huhuhuhuh.. masih mengharap

Thursday, June 3, 2010

Back to school

had 10 days mc. now back to school.. after a week at home.. it's really hard to move my butt back to school.. the workload is piling up.. my teachers keep calling about issues here and there.. well, it's not their fault as I always plan, do and complete my own job..

alhamdulillah.. luka masa operation harituh sudah sembuh.. terima kasih kepada kawan-kawan yang mendoakan.

one thing i figured out.. berpantang can weigh you down.. hehe

this entry should be published last week..

Saturday, May 8, 2010

MMS Family Day dan Idea Gile

Owhh.. ini cerita weekend lepas lepas. My husband's section (mill maintenance section) organized family day at Taman Rekreasi Allagar, Trong. Setelah bertahun-tahun secara rasmi menjadi isteri seorang staf tnb... inilah first time dapat join family day... kalau last year, mereka buat hari sabtu. kebetulan sekolah ganti. tak dapat nk ikut.. the year before, tengah kursus di jb.. lagila x bole nak ikut. the year before that.. ada di kl.. pun x bole join jugak...

                                        

taman rekreasi allagar nih kalau dari seri manjung adalah dalam 45 minit drive nak ke tempat tu. memula tuh cam suspen la jugak sebab dahla takde signboard, pastuh kena masuk dalam estet kelapa sawit. Tapi bila sampai tempat rekreasi tuh, kami macam waaaahhhhhhh..... syok jugak tempat nih. tempat nak mandi manda pun sesuai untuk pelbagai lapisan umur. tebing nyer pun luas.. senang nak parking dan dekat je dengan air sungai. tempatnye pun agak bersih.. mungkin sebab tak ramai sangat pengunjung since tempat tu agak outback.. memang bole masuk list tempat beristirehat kami di hari minggu.. hehe



So i took this opportunity to know anak-anak buah my husband and the wifeys. ye lah.. tak semua slalu jumpa.. On that day, aktiviti makan-makan adalah perkara wajib.. barbeque lagik.. acara sukaneka.. dan semestinya acara mandi manda.. kesian all the wifeys.. terpaksa berusaha memujuk anak-anak yang sudah tidak sabar nak terjun ke dalam sungai sementara menunggu acara sukaneka tamat.. including me.. dahla wafiy dah siap pakai swimming suit dari rumah tuu.. selang 5 min.. dia cakap.. "mama.. nak swimming". haha.. fenin dibuatnye.



We start early in the morning and habis dlm around 2.30 pm. we didn't come back empty handed. I won first place for acara masukkan benang ke dalam jarum.. haha.. dah agak memang bole menang.. mane taknye.. hari-hari mengajar budak jahit cross-stitch. my husband felt little bit disappointed. his favorite acara lari mengundur tidak dipertandingkan.. it's ok honey.. maybe next year k.

Since Trong memang dah dekat sangat dengan Taiping, on the way back.. we decided to head up to Taiping.. maybe bole pegi makan-makan yong tau fu kat bomba. but when we almost reached tol changkat jering, my husband asked " nak pegi Taiping ke Penang?".. i was like "huh?gi penang pun best jugak nih!" "So, nak pegi Penang ke Taiping?" "Kita toss coin lah. haha. Tapi aza rasa cam nak gi penang lah." hahahaha... so instead of we going straight to Taiping, my husband turn left.. right into the toll house... and wallaa... we are on our way to Penang with only our wet clothes in our bag.. tak ke kerja gile namenye.. hahahahhaha! but.. that's us!



Finally, we reached Penang sehelai sepinggang due to our crazy idea.. and we decided to spend the night there. So malam tu.. kami shopping spree baju luar dan dalam untuk dipakai esoknya... kekeke.. tapi kesian wafiy.. dalam kereta dia cakap " mama beli baju ye.. papa pun beli baju.. baju wafiy?".. opppsss... kami syok sangat beli baju sendiri sampai terlupa baju anak.. hahaha.. baju wafiy esok jelah ye.. lagipun mama bawa baju wafiy lebih.


Esoknya, kami beli jeruk dan pusing satu pulau.. dah lama tak ronda-ronda kat penang.. asyik pegi shopping mall je.. so this time, kami tak pegi shopping mall.. tapi pusing satu pulau.. dari georgetown ke batu feringgi ke balik pulau ke bayan lepas.. dan singgah la jugak ke BJ mall sebab nak cuci mata hilangkan ngantuk.

Well, ini bukan kali pertama buat idea gila-gila macam nih.. setiap kali weekend.. i always need to be prepared.. kang adela tuh.. yang jom pegi sana.. jom pegi sini.. walaupun penat.. tapi berbaloi-baloi.. sebab dapat spend quality time with my husband and wafiy. Moreover, we both love to travel.. so pegi mana-mana pun.. ON ajer.. hehe

Monday, April 26, 2010

Rindu rinduan

me : wafiy, tadi papa call. papa kata dia rindu kat wafiy.
wafiy : papa awin rindu wafiy??!hahaha
me : wafiy tak rindu papa ke?
wafiy : mmm... wafiy rindu donat ngan karipap
me : hah?
wafiy : wafiy rindu donat dengan karipap lar. papa awin hantar wafiy pegi skolah ada donat ngan karipap. mama aza hantar wafiy takde donat ngan karipap.
me : hahaha!

papa awin.. cepat balik! wafiy rindu donat ngan karipap nihhhh!

Wednesday, April 14, 2010

Should I?

Am thinking.

Should I resume my treatment for PCOS?

I don't know if i'm ready for the frequent 2-hour trips to ipoh.
I don't know if i can still afford to pay for the fertility medication.
i don't know if i will get the very much needed support.
i don't know if i still have the strength to face the emotional roller coster along the journey.

But what I really do know,
I do want to have another bundle of joy so badly.


Allah, please give me strength...

Tuesday, February 23, 2010

Busy Bee!

EXHAUSTED!

personal matters:
  • meetings with house developer
  • going to the banks and epf
  • meetings with lawyer and financial consultant
  • preparing docs for bank loan application and s&p
family matters:
  • my big bro's wedding : Bidor (20-21 Feb) - had to travel Manjung - Bidor - KL- Bidor - Manjung in 2 days. Gombak (28 Feb) - this coming weekend.
  • sew the baju kurung sedondon for the wedding (manik belum jahit lagi.. sempat ke siap nih?)
  • sew wafiy's baju melayu sedondon (huhu.. start pun belum lagi nih.. aduhaii).
school matters :
  • Raptai perbarisan sukan (2 days.. kena berjemur tgh panas)
  • Temasya Olahraga (25 Feb)
  • Meeting with PPD (24 Feb)
And all happen to be in the same week!?!.. :( ... letihnya..

Saturday, February 13, 2010

Wafiy nak tu!

Macam biasa, hari ni pick up wafiy from daycare at 6 pm. Sampai aje depan pintu..

wafiy : mama, ambil la tu.
me : mana boleh ambik.
wafiy : ala mama.. mama angkat la.. wafiy nak tu
me: x bolelah.. tu bukan mama punya.. nanti mama dia cari macam mana
wafiy : taaakk! wafiy nak jugak.. wafiy nak tu!
me: kalau mama ambil, nanti sape nak jaga?
wafiy : wafiy la jaga
me: sape nak mandikan dia?
wafiy : wafiy
me: sape nak bagikan dia susu?
wafiy : mama buatla susu.. wafiy bagi
me : eh.. camtu pulak.. x bolelah.. nanti mama dia marah
wafiy : taaak! mamaaa! wafiy nak tu! wafiy nak jugak! mama angkatla! wafiy nak tu! wafiy nak tu! wafiy nak tuuu!!(dah menangis meraung-raung la plak depan pintu)

dalam hati ni : alahaaiiii anak omak nih..

nak tau ape bendenya yang 'tu' tu? ada baby nih kat taska yg wafiy mmg suka giler. baby tu umur 6 bulan tapi chubby kemain. Kulitnya putih, mata dan kening baby tuh  ala ala orang mongolia. maybe mmg descendant ghengis khan kot sebab nama dia fairuz khan. haha.

anyway.. kesian gak kat wafiy.. mmg dah nak adik sangat-sangat. slalu suruh orang panggil dia abang. dia sendiri pun slalu cakap "wafiy abang". kalau tanya nak baby ke, dia mesti cakap nak. pastu tanya nak baby girl ke boy.. he always says "baby boy!".. oowwhh cari geng rupenye.. x pelah. sabarlah ye nak.. insya Allah adela baby tu nanti.

Saturday, January 23, 2010

Ayah kata nak baiki, tapi...


  Wafiy on his bike

Balkis : Wafiy, pinjam basikal?
Wafiy : Tak boleh!
Fitri    : Apiey.. injam ekal..
Wafiy : Tak boleh.. tak boleh
Me : Balkis.. kan balkis ada basikal.
Balkis : Ada. tapi dah rosak.
Me : Apa yang rosaknye?
Balkis : Tayar dia dah rosak, dah pancit. Ayah kata nak baiki.. tapi... (dia terus terdiam)

Balkis dan Fitri ni adalah anak jiran sebelah rumahku. sayu hatiku bila mendengar ayat terakhir yang diucapkan oleh balkis. umurnya baru 7 tahun, fitri pula 2 tahun. mereka baru sahaja kehilangan ayah tersayang yang menghadap Ilahi pada awal bulan Dis haritu. mungkin, dia sendiri tidak sanggup menyebut yang ayahnya sudah tiada lagi. Akhir-akhir ini, setiap petang mereka akan datang ke rumahku untuk bermain dengan wafiy. aku layan mereka sebaik mungkin. kalau dulu, ayah merekalah yang akan membawa mereka bermain-main dan berjalan-jalan.

Balkis sebenarnya lima beradik. dia ada 2 orang abang kembar, abang long dan abang ngah. masing-masing masih di sekolah rendah lagi, baru sahaja masuk darjah 5. adik lelaki balkis yang paling kecil baru sahaja sebulan dilahirkan. beberapa hari lepas, aku datang menziarah ibu Balkis, kak ina yang masih dalam pantang dan menjenguk keadaannya sekarang. Tersentuh jiwaku ini bila terkenangkan bayi comel ini tidak sempat mengenal rupa paras ayahnya, apatah lagi mendapat ciuman dan dakapan sayang dari ayahnya. ku lihat wajah kak ina, terdetik di hatiku, tabah sungguh ibu muda ini mengharungi kehidupan tanpa suami di sisi.. membesarkan lima orang anak yang masih kecil.

Ku pandang sekeliling rumahnya, kain baju berselerak di sana sini. laman rumahnya ku lihat tidak sebersih dahulu.. ya. ketika arwah bang usop masih ada, dialah yang rajin membersihkan laman rumahnya, jarang sekali ku lihat ada sampah2 ataupun kertas-kertas flyer iklan terbiar di atas laman. arwah bang usop yang ku kenali memang rajin menolong isterinya, dialah juga yang slalu ku lihat mengambil dan menghantar anak-anaknya ke sekolah.

Kini, dia sudah tiada. pabila ku pandang wajah anak-anak kecil ini, terdetik juga dihatiku, 'mengertikah mereka ini bahawa mereka tidak akan berjumpa dengan ayah mereka lagi?' 'apakah perasaan anak-anak ini yang perlu membesar tanpa kasih sayang seorang ayah?'.. hatiku menangis.. 'mampukah aku menahan dugaan seperti ini sekiranya ayah ku atau suami ku pula yang akan pergi menghadap Ilahi?'..