Saturday, January 23, 2010

Ayah kata nak baiki, tapi...


  Wafiy on his bike

Balkis : Wafiy, pinjam basikal?
Wafiy : Tak boleh!
Fitri    : Apiey.. injam ekal..
Wafiy : Tak boleh.. tak boleh
Me : Balkis.. kan balkis ada basikal.
Balkis : Ada. tapi dah rosak.
Me : Apa yang rosaknye?
Balkis : Tayar dia dah rosak, dah pancit. Ayah kata nak baiki.. tapi... (dia terus terdiam)

Balkis dan Fitri ni adalah anak jiran sebelah rumahku. sayu hatiku bila mendengar ayat terakhir yang diucapkan oleh balkis. umurnya baru 7 tahun, fitri pula 2 tahun. mereka baru sahaja kehilangan ayah tersayang yang menghadap Ilahi pada awal bulan Dis haritu. mungkin, dia sendiri tidak sanggup menyebut yang ayahnya sudah tiada lagi. Akhir-akhir ini, setiap petang mereka akan datang ke rumahku untuk bermain dengan wafiy. aku layan mereka sebaik mungkin. kalau dulu, ayah merekalah yang akan membawa mereka bermain-main dan berjalan-jalan.

Balkis sebenarnya lima beradik. dia ada 2 orang abang kembar, abang long dan abang ngah. masing-masing masih di sekolah rendah lagi, baru sahaja masuk darjah 5. adik lelaki balkis yang paling kecil baru sahaja sebulan dilahirkan. beberapa hari lepas, aku datang menziarah ibu Balkis, kak ina yang masih dalam pantang dan menjenguk keadaannya sekarang. Tersentuh jiwaku ini bila terkenangkan bayi comel ini tidak sempat mengenal rupa paras ayahnya, apatah lagi mendapat ciuman dan dakapan sayang dari ayahnya. ku lihat wajah kak ina, terdetik di hatiku, tabah sungguh ibu muda ini mengharungi kehidupan tanpa suami di sisi.. membesarkan lima orang anak yang masih kecil.

Ku pandang sekeliling rumahnya, kain baju berselerak di sana sini. laman rumahnya ku lihat tidak sebersih dahulu.. ya. ketika arwah bang usop masih ada, dialah yang rajin membersihkan laman rumahnya, jarang sekali ku lihat ada sampah2 ataupun kertas-kertas flyer iklan terbiar di atas laman. arwah bang usop yang ku kenali memang rajin menolong isterinya, dialah juga yang slalu ku lihat mengambil dan menghantar anak-anaknya ke sekolah.

Kini, dia sudah tiada. pabila ku pandang wajah anak-anak kecil ini, terdetik juga dihatiku, 'mengertikah mereka ini bahawa mereka tidak akan berjumpa dengan ayah mereka lagi?' 'apakah perasaan anak-anak ini yang perlu membesar tanpa kasih sayang seorang ayah?'.. hatiku menangis.. 'mampukah aku menahan dugaan seperti ini sekiranya ayah ku atau suami ku pula yang akan pergi menghadap Ilahi?'..

 
 

2 comments:

suria said...

sedihnya aza..bang usop tu meninggal sebab apa?

AzaMazelan said...

tatau penyakit sebenar.. hatinya bengkak.. berbulan-bulan kluar masuk hospital.. mcm2 test buat.. still xtau penyakit apa. tau tau meninggal. sayu je hati nih bila tgk anak2 arwah