Friday, October 28, 2011

Gundah gulana.. Surgery lagi..



Last week dapat email daripada Dr. Amnuay. Dia bertanya mengenai progress kaki Wafiy.. yelah.. dah lama tak cerita mengenai Wafiy.. Kali terakhir kami pergi ke Bangkok adalah pada bulan April yang lepas.. Ini bermaksud, sejak kami menghubungi Dr. Amnuay, sudah tiga kali kami berulang alik ke Bangkok berjumpa dengan Dr.Amnuay.. kali terakhir kami berjumpa tu, Dr. Amnuay pakaikan Wafiy dengan cast dan  suggest Wafiy pakai custom made brace setiap malam supaya tidak berlaku lagi relapse..

Ini kerana selepas kami balik dr Bangkok untuk kali ke-2, kami buat temujanji dengan pihak ukm sebab Dr.Amnuay maklumkan Wafiy perlu menjalani tibial tendon transfer surgery. Seeloknya, buat di Malaysia kerana kosnye lebih murah. Dia suggest kami berjumpa dengan PRof. Sharaf di ukm. Tapi malangnye, pihak ukm tak mahu terima case Wafiy. Pada masa yg sama, mereka dah buka cast pada kaki Wafiy tapi tak nak pasang balik.. Sangat kecewa masa tu.. orang melayu pun tak mahu tolong anak bangsa sendiri.. kalau tak nak buat surgery.. at least pasang la balik cast tuh..

Selepas dua bulan, kaki wafiy mengalami relapse.. maksudnye.. kaki kiri dia mula bengkok semula bila dia berdiri dan berjalan.. Contact dengan Dr. Amnuay, dia minta kami datang untuk check-up..

Bulan April lepas, kami terbang lagi ke Bangkok. Masa jumpa dia, memang ada mention yang brace tu bukan permanent solution untuk kaki Wafiy.. Untuk betulkan semula, wafiy still perlu jalani pembedahan tendon transfer tu.. tapi chance untuk berjaya pun 50-50 sebab wafiy dah pernah jalani pembedahan yang sama.. bimbang kalau tendon yang hendak dipotong tu dah takde dan tak boleh guna lagi.. yang buat kami rasa cam hampeh.. bole pulak dia cakap .. dia tak nak la pulak jadi kambing hitam kalau dia buat operation..operation tu tak menjadi atas sebab yang tadi.. resah gelisah kami dibuatnya.. tambahan pula, kos surgery mestilah mahal.. sebab hospital tu hospital swasta.. jadi, kami tak decide apa-apa pun mengenai surgery tu.. just minta dia buatkan brace untuk wafiy..

Then, last week.. Dr. Amnuay minta inform progress wafiy.. what can i say.. memang takde improvement pun kat kaki kiri dia tu.. dia still suka nak tilt at the outer side of his foot bila berjalan.. Minta pendapat Dr. Amnuay balik.. And this is his reply :

"He definitely needs a tibialis tendon transfer on the left side. But since he had this tendon transfer before with probably a failure. I would like to say that if he is my son, I will attempt an operation to restore a proper pull of the ankle dorsiflexion."

nak kena surgery jugak ke nih.. rasa gundah gulana.. resah gelisah.. banyak persoalan tetiba berada di benak pemikiran.. aduuhhhh.. tak tahu nak buat keputusan macam mana.. nak buat jugak ke tidak.. pening nak fikir.. macam-macam nak kena fikir, consider.. kos, kesan dari surgery tu, nak travel ke sana lagi, nak duk kat mana, .. fenin lah... rasa cam x ready lagi nak tengok wafiy go through another surgery.. hubby pulak masih belum bagi apa-apa pandangan..  rasa nak nangis!! uwaa....

3 comments:

ijannina said...

Aza....byk2 sabar yer...td dh taip pjg lebar komen cmne ntah hilang...huhu..btw we might don't understand how u feel now, but if you need somebody to talk to just message okay.

AzaMazelan said...

thanks mon.. itulah skrg masih x bole nak decide samaada nak proceed dgn surgery tu ke tidak.. serba salah.. sebab we have a good life now.. walaupun kaki dia tak berapa nak sempurna..

Anonymous said...

Assalamualaikum

Maaf sgt2 mengganggu..nak tanya perkembangan wafiy.. dah operate? di mana ? kos berapa?

N'way, saya Fatimah..anak juga ada clubfoot tapi both feet..

Lagi satu, did Prof Syaraf himself reject case wafiy kat hukm tu?

Ok..itu saja..SEmoga dipermudah Allah segala urusan