Monday, November 14, 2011

Dah Dapat Kunci Rumah

Alhamdulillah, minggu lepas dah ambil kunci dari developer.. seronok sangat!!.. tak sabar rasanya nak masuk rumah.. kalau boleh.. sekarang jugak nak masuk! hahaha.. masa ambil kunci, developer siap bagi souvenirs.. dapatlah folder satu, keychain 4 bijik, dan teh cina sekotak..





Rumah pun dah check defect weekend haritu.. al maklumlah husband engineer, aza plak.. anak kontraktor.. macam-macam lah kami komplen.. but overall, dia punya built up okay dan cantiklah jugak..

Semalam pun dah panggil tokey grill datang ukur.. pagi datang ukur.. ptg tuh terus dia kol bagi quotation.. and kami pun on jer.. terus dtg rumah dia, bincang-bincang sket mintak diskaun.. dan terus bayar deposit.. malas nak pening-pening fikir lama-lama husband cakap.. bayar je trus.. lagipun nak tunggu grill tu siap mau 2-3 minggu jugak.. 

Lepas nih, nak survey kitchen cabinet pulak.. nnt balik kl, nak borong lagi lampu dan kipas kat puchong.. balik nilai.. nak survey langsir kat nilai.. cuti skolah nih.. bolela wat projek jahit langsir.. best best!

Friday, October 28, 2011

Gundah gulana.. Surgery lagi..



Last week dapat email daripada Dr. Amnuay. Dia bertanya mengenai progress kaki Wafiy.. yelah.. dah lama tak cerita mengenai Wafiy.. Kali terakhir kami pergi ke Bangkok adalah pada bulan April yang lepas.. Ini bermaksud, sejak kami menghubungi Dr. Amnuay, sudah tiga kali kami berulang alik ke Bangkok berjumpa dengan Dr.Amnuay.. kali terakhir kami berjumpa tu, Dr. Amnuay pakaikan Wafiy dengan cast dan  suggest Wafiy pakai custom made brace setiap malam supaya tidak berlaku lagi relapse..

Ini kerana selepas kami balik dr Bangkok untuk kali ke-2, kami buat temujanji dengan pihak ukm sebab Dr.Amnuay maklumkan Wafiy perlu menjalani tibial tendon transfer surgery. Seeloknya, buat di Malaysia kerana kosnye lebih murah. Dia suggest kami berjumpa dengan PRof. Sharaf di ukm. Tapi malangnye, pihak ukm tak mahu terima case Wafiy. Pada masa yg sama, mereka dah buka cast pada kaki Wafiy tapi tak nak pasang balik.. Sangat kecewa masa tu.. orang melayu pun tak mahu tolong anak bangsa sendiri.. kalau tak nak buat surgery.. at least pasang la balik cast tuh..

Selepas dua bulan, kaki wafiy mengalami relapse.. maksudnye.. kaki kiri dia mula bengkok semula bila dia berdiri dan berjalan.. Contact dengan Dr. Amnuay, dia minta kami datang untuk check-up..

Bulan April lepas, kami terbang lagi ke Bangkok. Masa jumpa dia, memang ada mention yang brace tu bukan permanent solution untuk kaki Wafiy.. Untuk betulkan semula, wafiy still perlu jalani pembedahan tendon transfer tu.. tapi chance untuk berjaya pun 50-50 sebab wafiy dah pernah jalani pembedahan yang sama.. bimbang kalau tendon yang hendak dipotong tu dah takde dan tak boleh guna lagi.. yang buat kami rasa cam hampeh.. bole pulak dia cakap .. dia tak nak la pulak jadi kambing hitam kalau dia buat operation..operation tu tak menjadi atas sebab yang tadi.. resah gelisah kami dibuatnya.. tambahan pula, kos surgery mestilah mahal.. sebab hospital tu hospital swasta.. jadi, kami tak decide apa-apa pun mengenai surgery tu.. just minta dia buatkan brace untuk wafiy..

Then, last week.. Dr. Amnuay minta inform progress wafiy.. what can i say.. memang takde improvement pun kat kaki kiri dia tu.. dia still suka nak tilt at the outer side of his foot bila berjalan.. Minta pendapat Dr. Amnuay balik.. And this is his reply :

"He definitely needs a tibialis tendon transfer on the left side. But since he had this tendon transfer before with probably a failure. I would like to say that if he is my son, I will attempt an operation to restore a proper pull of the ankle dorsiflexion."

nak kena surgery jugak ke nih.. rasa gundah gulana.. resah gelisah.. banyak persoalan tetiba berada di benak pemikiran.. aduuhhhh.. tak tahu nak buat keputusan macam mana.. nak buat jugak ke tidak.. pening nak fikir.. macam-macam nak kena fikir, consider.. kos, kesan dari surgery tu, nak travel ke sana lagi, nak duk kat mana, .. fenin lah... rasa cam x ready lagi nak tengok wafiy go through another surgery.. hubby pulak masih belum bagi apa-apa pandangan..  rasa nak nangis!! uwaa....

Wednesday, September 14, 2011

Hobi baru

I have a new hobby...

It's BEADING!


Ini projek untuk raya haritu.. jahit manik pada baju raya.. tapi hanya sempat jahit pada lengan baju.. so sekarang nak kena sambung balik projek menjahit manik ini.. nak jahit pada badan pulak... nanti dah siap.. memang bling bling lah bajuku..

rasa seronok sebab dapat menambahkan skill menjahit sedia ada..  lepas terer jahit manik.. rasa nak gi belajar jahit baju kebaya pulak.. sebab dah dua kali tempah.. dedua baju sangat hampeh.. kedut sana sini.. ketat tak kena tempat.. mari menjahit!

Tuesday, September 13, 2011

Cerita Raya

Salam Lebaran kepada semua!..
harap masih belum terlambat.. hehehe.. masih dalam mood raya ke korang?..

Raya tahun nih memang raya sakan lah kami.. kebetulan cuti raya jatuh pada musim cuti sekolah dan cuti kemerdekaan.. alang-alang cuti seminggu.. my hubby pun layan cuti seminggu jugak.. alang-alang dia tak kena standby this year.. baik raya pepuas..

Plan nak balik nilai pepagi selepas Subuh hari Sabtu.. al-sudahnya.. pukul 9-10pg jugak baru gerak.. the best thing abour living out of big city.. bila time-time perayaan.. while jalan you all jem giler.. my way selalu clear jer.. sebab org lain semua nak balik kampung.. we all nak balik bandar.. hehe


On that night, we had our break fast together with my family at nilai.. it's also wafiy's birthday.. so we had a sesi nyanyi-nyanyi lagu happy birthday and potong cake for him.. suka giler die!! Sebab hari-hari dia minta belikan kek.. wafiy selalu cakap harini birthday dia.. padahal x pun.. then pada hari ini.. 27 Aug.. impiannya tercapai.. sengiiihhh je..


Sehari sebelum raya balik rumah mertua di Gombak.. everyone were already there when we arrived.. tolong-tolong masak.. terasa sungguh ralat sebab selalunya a day before raya I'll be at my mom's house tolong my mother masak.. sorila mama.. this year x dapek den nak nolong.. dulu rumah dekat-dekat bolela lari sana kejap sini kejap.. skrg sudah jauh.. terpaksalah pilih kasih..

Pada hari raya kedua, pepagi lagi kami dah gerak balik my kampong di Pagoh, Muar, Johor.. saje gerak pagi, sebab tak nak sangkut dalam jem.. maklumlah, Pagoh tu kawasan Tan Sri Muhyiddin Yassin.. selalunya bila raya kedua dia akan buat rumah terbuka di Dewan Pekembar, Pagoh.. memang jalan nak masuk tol Pagoh sampai ke dewan tu akan jem gegiler.. kami pernah terkena masa raya beberapa tahun lepas.. gile sangkut kat tol dekat sejam lebih.. Alhamdulillah, masa kami sampai Pagoh, majlis baru nak start.. so trafik masih okay sebab blum ada banyak kenderaan masuk..

Raya di kampong tahun nih agak sentimental..  nenek yang ku panggil mak atuk tersayang telah pergi menghadap Ilahi pada bulan Feb yang lepas.. rasa sunyi je  .. masa mak atuk ada dahulu.. mesti riuh rendah dgn ngomong-ngomong mak atuk.. lepas tu.. asyik asyik suruh mangan, asyik asyik suruh mangan.. dah mangan kang dia suruh mentong pulak.. my mom plak nanti bebel asyik nak kena masaaaakk jer.. hahaha.. tapi itu semua tinggal kenangan.. rasa sayuuuu sangat bila tengok wajah bapak atuk (datuk).. dia asyik termenung je.. tgh makan pun boleh mengalir air mata bapak atuk.. masa nak balik haritu pun (aza antara yang terakhir balik dari kampong).. rasa cam tak sampai hatinya nak tinggalkan atuk sorang-sorang kat kampong..

My hubby plak mmg sgt suka balik kampong.. lagi-lagi bila dapat buat aktiviti yang paling dinanti-nanti.. MASUK KEBUN.. maklumlah budak Bandar.. ada can dapat masuk kebun.. lajuuu jerr nak ngikut.. hahaha.. itu pun dia balik lutut dah luka.. sebab melibas lutut sendiri dengan parang.. kekeke.. sebelum nih.. balik dgn kaki bergarit-garit..  tulah, masuk kebun pakai sluar pendek.. di sebalik kesedihan beraya tanpa mak atuk, we  did have fun meeting and visiting our relatives.. we spent 3 days in Johor and then back to Gombak..


We spent another day in Gombak, and on Sunday, we headed back to our home in Manjung..
Tahun nih memang takde buat rumah terbuka.. namun rumah kami sentiasa terbuka kepada sesiapa yang hendak datang berkunjung… Jemputlah ye.. Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin!


 

Thursday, August 4, 2011

Apa ada di syurga?

Mama aza : wafiy... esok wafiy puasa okay!
wafiy : okay.. buat apa nak puasa?
mama aza : kalau wafiy puasa.. nanti boleh masuk syurga
wafiy : kat syurga ada mainan tak??
* kalau dah budak.. mainan aje yang diingatnye.. layan je lah*
mama aza :  adaaa! wafiy nak mainan apa?
wafiy : semua nak..
mama aza : boleh.. nanti wafiy minta ape saje.. semua ada.. okay! tapi kena puasa lah.. boleh?
wafiy : okay.. mama.. kalau mama masuk syurga.. mama nak minta apa?
mama aza : ermm..
wafiy : haaaa... wafiy tauu! mama nak baju cantik-cantik ye..
mama aza : hehehe... boleh jugaak..

hahaha... wafiy.. wafiy.. hero mama sorang nih.. macam-macam

Tuesday, July 26, 2011

Alhamdulillah.. selesai sudah bayar fidyah

Alhamdulillah... tadi dah selesai dah bayar fidyah... lega rasanya.. puasa pun dah habis ganti.. x perlu dah nak keep track tetiap tahun berapa dah ganti.. alhamdulillah.. xde insiden yg tidak diingini.. abg chubby pun ada... siap tolong angkat dan tolak beras-beras tuh guna troli.. 90 kg beras nih... thank you abg chubby ye..


Okay.. berbalik pasal cerita semalam.. balik rumah jer.. aza terus cek cara kakak kat majlis tu kira fidyah.. kiraan dia betul untuk case org yang tinggal puasa dan tak pernah ganti-ganti.. but for my case.. lain sikit..

Try check online.. aduhai.. rasa lagi pening.. semua bagi result yang berbeza-beza.. try jugaklah search sana sini.. macam-macam la pulak mazhab dan cara pengiraan yang ada.. jadi aza adalah bertanya dengan someone.. jadi inilah conclusion yang aza dapat mengenai pengiraan fidyah bagi my case

BACKGROUND
Saya telah melahirkan anak pada tahun 2006. Kebetulan, bulan Ramadhan jatuh ketika saya masih berpantang. Saya cuba berpuasa selama 1 hari.. tetapi anak saya asyik melalak-lalak dan asyik nak melekap jer.. kemungkinan sebab saya puasa.. susu pun berkurangan.. atas nasihat keluarga, saya tidak berpuasa selama 29 hari pada tahun 2006. Oleh kerana pelbagai kekangan ( memacam alasan boleh bagi)... puasa tersebut telah diganti berdikit-dikit mengikut kemampuan..

BILANGAN PUASA YANG TELAH DIGANTI
Tahun 2007 : 0 hari (masih menyusu badan sepenuhnya)
Tahun 2008 : 1 hari
Tahun 2009 : 7 hari
Tahun 2010 : 12 hari
Tahun 2011 : 9 hari

BAKI BILANGAN PUASA YANG DIKENAKAN FIDYAH
Formula : Baki puasa yang ditinggalkan - bilangan puasa yang telah diganti
Tahun 2007 : 29 - 0 = 29 hari
Tahun 2008 : 29 - 1 = 28 hari
Tahun 2009 : 28 - 12 = 21 hari
Tahun 2010 : 21 - 12 = 9 hari

PENGIRAAN FIDYAH YANG PERLU DIBAYAR
Formula : 1 hari = 1 cupak
Denda = baki puasa x bilangan tahun tertinggal

Tahun 2007 : 29 hari x 1 = 29 cupak
Tahun 2008 : 28 hari x 2 = 56 cupak
Tahun 2009 : 21 hari x 3 = 63 cupak
Tahun 2010 : 9 hari x   4 = 36 cupak

Sekiranya hendak membayar menggunakan beras

1 cupak = 700g
Tahun 2007 : 29 cupak x 700g = 20.3 kg
Tahun 2008 : 56 cupak x 700g = 39.2 kg
Tahun 2009 : 63 cupak x 700g = 44.1 kg (sudah dibayar pada 2010)
Tahun 2010 : 36 cupak x 700g = 25.2 kg

Oleh kerana saya sudah pun membayar fidyah untuk tahun 2009.. so.. jumlah fidyah yang perlu saya bayar ialah :
Jumlah perlu dibayar = 20.3 kg + 39.2 kg + 25.2 kg = 84.7 kg beras
Kita bundarkan ~ 90 kg beras ( 9 beg beras x 10 kg)

Kalau terlebih bayar.. kira sedekah ajelah yang lebih tu ye..

Pengajaran yang saya dapat :
  • Lain kali, ganti puasa tu cepat-cepat.. toksah tangguh-tangguh
  • Bila nak bayar fidyah, baik kira dulu sesiap sebelum pergi ke majlis agama
  • Lebih afdal sekiranya kita bayar menggunakan beras.. hanya perlu pergi, hantar beras, selesai.. tak perlu nak kira-kira duit, kira-kira duit baki, dan tunggu pegawai tu buat resit.

Monday, July 25, 2011

Nak Bayar Fidyah tapi X Jadi

Tengah hari tadi, lepas balik aje dari sekolah, singgahlah ke pejabat Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak kat Manjung nih.. niat di hati, nak melunaskan hutang sebelum tibanya Ramadhan.. kalau tidak.. nanti berdouble double lah lagi hutang yang perlu dibayar..

Aza pun pergilah dengan hati yang suci lagi murni... siap bawa statistik bilangan puasa yang dah diganti mengikut tahun supaya senang nanti nak minta pegawai di Maipk tu tolong kira.. maklumlah.. kes complicated kan.. lagipun kadar fidyah perak tidak tetap.. sentiasa berubah-ubah..

Sampai sahaja di pejabat tu, takde pun pelanggan yang sdg menunggu.. nasib baik nih.. leh cepat balik.. igt nak eksesais la sket.. dah lama trainer tu mengumpul habuk je.. pergi je depan kaunter.. lepas bagi salam bgtau lah tujuan dtg nak bayar fidyah.. cik adik tu kata.. akak kena tunggu kejap, org yg boleh tlg kira fidyah tg hsembahyang.. so aza tunggulah dgn penuh sabar...

15 mins later.. dtglah kakak nih melayan.. so far OK lagi.. then kasitaula nk bayar fidyah.. tp blum kira sbb xtau kadar fidyah berapa.. dia pun tanya-tanyalah bila x posa.. brape dh ganti etc etc.. then dia print out kertas kira-kira tuh.... mak aiiii... tergezut!!... xkanlah sampai 251 cupak utk tahun ni je... cm x btul je kira-kira dia nih.. since i just started paying my fidyah last year, aza pun tanyelah.. camne nk bayar fidyah yg tahun2 sblm tuh.. minta tlg kirakan... dia punye reply... mmg kerek gile x hengat lah.. bengkek je dengar.. bole ke dgn nada sumbang nye dia ckp:


"HABIH TU!! YG TADI U BGTAU TU APA??!!"
" TENGOKLAH KT JADUAL TU! SEMUA SKALI RM 652.50.. U KENE SETEL LA TU SUMER!" 

So aza ckplah.. yg td tu utk tahun ni.. i asked her to please kirakan utk tahun-tahun lepas.. last year punya dah bayar.. tp 2 tahun sblm tu x bayar..  nak lah setelkan semua skali.. then bole plak dia ckp..

"U CAKAP APA NI?? TAHUN LEPAS DAH BAYAR.. YOU TOLAK LA DARI JUMLAH KAT SINI.. U CARI LAH BALIK BERAPA U DAH BAYAR!"

i pun jd konfius.. tanye la dia balik "ada kena mengena ke dengan bayaran tahun lepas?" bole pulak dia ckp balik..

"AWAK RASA.. ADA KENA MENGENA TAK??"

ek eleh.. kerek gile.. kita tanya dia sebab rasa dia mesti lah lagi mahir.. sebab mmg dah kerja kat majlis agama kan.. bengong.. malas nk layan.. i amik je kertas tu.. and balik rumah kira sendiri.. buang masa je duk kat situ.. dahla time dia ckp kerek2.. ramai plak customer masuk..ishk! x patut betullah.

Tuesday, May 31, 2011

Projek Cuti Sekolah

PROJEK CUTI SEKOLAH



huhu.. tengok tuh.. baru siap sepasang.. ada LIMA pasang lagi nak jahit.. bole ke siap nih sebelum habis cuti.. pinggang dah sakit nih.. mau kena ada orang urut nih.. sape sape sudi.. sila angkat tangan.. saya upah tolong jahitkan butang yang tercabut tu FOC.. kalau siap semua nih.. waaahhh!! cikgu aza bergaya lah dengan baju-baju baru ye buka sekolah nanti.. hehe

Kurus ke??

Lately selalu dengar statement camnih :
"aza, nampak kurus lah"
"eh, dah kecut sket nampak"
"kak aza.. kecik je nampak skang"


Hehe.. happy.. sebab berat sudah turun.. yeay!
Tapi takdelah kurus.. berat turun jeh..

another milestone to get preggy.. oh yeyeyeyeh!

Monday, April 11, 2011

Seeking New Hope in Bangkok 1

Assalamualaikum...

Alahai.. dah lama blog ni tak berupdate kan.. mesti rakan-rakan nak tahu wafiy nyer progress selepas balik dari Bangkok kan? sorry, saya tak dapat nak update atas banyak sebab musabab.
    So ini cerita kami..

    Our first visit to Bangkok was on 5-8 Dec. Wafiy punya appointment sepatutnya on Dec 7th, tetapi sebab Dr. Amnuay perlukan masa yang lebih untuk examine Wafiy, he asked us to come on Dec 6th at 10.00 am. Nak setup appointment dengan Bumrungrad Hospital nih cukup senang sebab bole buat thru online saja. Tak perlu kol berpuluh-puluh kali macam di HKL. Kami naik flight Air Asia ke Bangkok.. masa tuh air asia paling murah sekali.. murah-murah pun xdelah murah sgt.. RM1300++ jugaklah untuk 3 orang.. so hentam sajalah.. hotel pun murah je.. sama macam di Malaysia.. and we pick hotel yang walking distance je dari hospital tuh.. Unico Express Hotel.
    my handsome boys at LCCT



    The first time we step into the hospital, we all felt so impressed. Sangat suka suasana di hospital dan klinik ortopedik.. Cam hotel je hospital nih.. Registration pun senang.. takde banyak songeh minta dokumen itu ini.. staff sungguh profesional.. di klinik, tiada sistem nombor.. kalau nak tahu macammana nurse panggil patient, kat borang patient.. ada gambar patient.. so nurse akan approach direct to the patient based on the photo on the form when his/her turn to see the doctor.. takde jerit-jerit nama cam orang gile.. or bunyi ting-tong-ting-tong bile nombor bertukar..
    Atrium view from Orthopaedic Clinic
     
    Our first appointment dengan Dr.Amnuay went very well. Initially, he explained that he is not an angel.. okay, understood that.. but he would try his best to make Wafiy feel better, to make his feet better..  he was so kind, gentle and explain things in a good manner.. sangat impress dengan perwatakan Dr.Amnuay nih. The way he speaks buatkan kami rasa he really do cares about his patient including Wafiy.. He took about 2 hours to examine wafiy.. he checked x-ray yang kami bawa.. siap ambil video cara wafiy berjalan and moves his feet.. he explained that some of his muscles are weak due to the previous surgeries.. so my husband tanyalah " if he didn't go through all these surgeries, will his feet still can be corrected?" and the doctor reply " Yes, if the doctor who attend to him is an expert".. huhuhu.. sedih rasa hati bila mendengarnya.. kalau ku tahu.. tak perlulah wafiy went though all those surgeries.. then Dr. Amnuay tanya " Is the doctor an expert?" uwaaaaaa!!! manalah saya tahuu... one thing for sure.. Dr. Amnuay kata ini first time dia dapat case CTEV yang dah multiple surgeries.. selalunya, tak perlu surgery pun katanya kalau betul-betul ikut teknik ponseti method.. dia siap warning to his students.. kalau sampai perlu surgery.. bawa patient tu kepada dia..
    Dr.Amnuay tengah cek movement kaki wafiy

    Anyway, on that day.. dia pasangkan cast pada kaki kiri Wafiy.. kemas sungguh cast yg dipasang.. lain caranya kalau nak dibanding semasa di HKL.. Dr. Amnuay kata.. bila nak pasang cast, patient mesti dalam keadaan tenang.. so kalau patient tuh baby lagi.. blum faham apa kita cakap.. patient tu akan diberi sedatif.. tapi sebab wafiy dah besar.. dr.amnuay minta papa dia slow talk and pujuk wafiy supaya calm and tak gerak-gerak masa cast tu dipasang.. kalau tak.. usaha tu sia-sia je sebab doktor nak kena align tulang, muscle, and tendon masa nak pasang cast.. Berbeza di HKL, doktor dan atendan akan tetap pasang walaupun anak kita melalak-lalak dan berguling-guling macam orang gila.. macam Wafiy dulu, sampai 5 orang nak kena pegang.. sampai doktor tu cakap.. "kalau Amir Wafiy nih.. saya charge double untuk pasang cast.. sampai lenguh-lenguh tangan saya pegang kaki dia".. sadis kan.. anyway.. Wafiy relax je masa dr. amnuay pasang cast.. cuma mukanya agak toya.. mungkin dia membayangkan lepas nih susah dah naik beskal sebab tak bole bengkokkan kaki.. pehtu tak bole swimming plak tu.. tapi kami pujuk dan slow talk dengan dia.. and we knew that dia memang faham kenapa dia kena pakai cast.
    Dr. Amnuay tengah pasang cast

    Siap pasang cast, we discussed that we should meet up in 3 weeks time.. kira-kira.. alahai.. tu minggu terakhir cuti.. as a teacher.. minggu terakhir cuti sem adalah minggu paling kritikal.. time tu lah meeting berderet-deret.. dan semua dokumen, perancangan, jadual waktu nak kena siap.. fikir-fikir.. anak punya pasal.. no hal lah.. so we have to come back to Bangkok in 3 weeks time.
    Alalala.. siaaannn wafiy

    we spent the evening and the next day to explore Bangkok.. alang-alang dah sampai sana.. rugilah kalau tak ronda-ronda.. semua shopping mall kami redah.. yang paling femes namanya MBK Mall.. not badlah.. kami pun ada ronda-ronda ke Pratunam, Suan Lum Night market, Siam paragon Mall, Chinatown.. Kami pergi visit Grand Palace.. hoho.. rasa nak tercabut kaki jalan dalam grand palace nih.. wafiy je relax.. sebab dia sentiasa atas stroller.. maklumlah.. kaki sebelah bersimen.. but it didn't stop us to enjoy our time in Bangkok.
    Kat grand palace.. wafiy yang ambil gambar :)

    Happy Wafiy