Tuesday, July 26, 2011

Alhamdulillah.. selesai sudah bayar fidyah

Alhamdulillah... tadi dah selesai dah bayar fidyah... lega rasanya.. puasa pun dah habis ganti.. x perlu dah nak keep track tetiap tahun berapa dah ganti.. alhamdulillah.. xde insiden yg tidak diingini.. abg chubby pun ada... siap tolong angkat dan tolak beras-beras tuh guna troli.. 90 kg beras nih... thank you abg chubby ye..


Okay.. berbalik pasal cerita semalam.. balik rumah jer.. aza terus cek cara kakak kat majlis tu kira fidyah.. kiraan dia betul untuk case org yang tinggal puasa dan tak pernah ganti-ganti.. but for my case.. lain sikit..

Try check online.. aduhai.. rasa lagi pening.. semua bagi result yang berbeza-beza.. try jugaklah search sana sini.. macam-macam la pulak mazhab dan cara pengiraan yang ada.. jadi aza adalah bertanya dengan someone.. jadi inilah conclusion yang aza dapat mengenai pengiraan fidyah bagi my case

BACKGROUND
Saya telah melahirkan anak pada tahun 2006. Kebetulan, bulan Ramadhan jatuh ketika saya masih berpantang. Saya cuba berpuasa selama 1 hari.. tetapi anak saya asyik melalak-lalak dan asyik nak melekap jer.. kemungkinan sebab saya puasa.. susu pun berkurangan.. atas nasihat keluarga, saya tidak berpuasa selama 29 hari pada tahun 2006. Oleh kerana pelbagai kekangan ( memacam alasan boleh bagi)... puasa tersebut telah diganti berdikit-dikit mengikut kemampuan..

BILANGAN PUASA YANG TELAH DIGANTI
Tahun 2007 : 0 hari (masih menyusu badan sepenuhnya)
Tahun 2008 : 1 hari
Tahun 2009 : 7 hari
Tahun 2010 : 12 hari
Tahun 2011 : 9 hari

BAKI BILANGAN PUASA YANG DIKENAKAN FIDYAH
Formula : Baki puasa yang ditinggalkan - bilangan puasa yang telah diganti
Tahun 2007 : 29 - 0 = 29 hari
Tahun 2008 : 29 - 1 = 28 hari
Tahun 2009 : 28 - 12 = 21 hari
Tahun 2010 : 21 - 12 = 9 hari

PENGIRAAN FIDYAH YANG PERLU DIBAYAR
Formula : 1 hari = 1 cupak
Denda = baki puasa x bilangan tahun tertinggal

Tahun 2007 : 29 hari x 1 = 29 cupak
Tahun 2008 : 28 hari x 2 = 56 cupak
Tahun 2009 : 21 hari x 3 = 63 cupak
Tahun 2010 : 9 hari x   4 = 36 cupak

Sekiranya hendak membayar menggunakan beras

1 cupak = 700g
Tahun 2007 : 29 cupak x 700g = 20.3 kg
Tahun 2008 : 56 cupak x 700g = 39.2 kg
Tahun 2009 : 63 cupak x 700g = 44.1 kg (sudah dibayar pada 2010)
Tahun 2010 : 36 cupak x 700g = 25.2 kg

Oleh kerana saya sudah pun membayar fidyah untuk tahun 2009.. so.. jumlah fidyah yang perlu saya bayar ialah :
Jumlah perlu dibayar = 20.3 kg + 39.2 kg + 25.2 kg = 84.7 kg beras
Kita bundarkan ~ 90 kg beras ( 9 beg beras x 10 kg)

Kalau terlebih bayar.. kira sedekah ajelah yang lebih tu ye..

Pengajaran yang saya dapat :
  • Lain kali, ganti puasa tu cepat-cepat.. toksah tangguh-tangguh
  • Bila nak bayar fidyah, baik kira dulu sesiap sebelum pergi ke majlis agama
  • Lebih afdal sekiranya kita bayar menggunakan beras.. hanya perlu pergi, hantar beras, selesai.. tak perlu nak kira-kira duit, kira-kira duit baki, dan tunggu pegawai tu buat resit.

2 comments:

dieya said...

baru nak tanya kenapa sampai kena beli beras sendiri.. tapi betul gak ye, takyah susah2 tunggu pegawai tu kira2.

selamat berpuasa aza!

AzaMazelan said...

hehe.. last year aza bayar cash.. leceh sketlah.. nak kena akad lagi.. rate pun agak mahal utk negeri perak.. baik beli beras.. dpt tesco clubcard point lagi.. hehe

selamat berpuasa..