Okay.. berbalik pasal cerita semalam.. balik rumah jer.. aza terus cek cara kakak kat majlis tu kira fidyah.. kiraan dia betul untuk case org yang tinggal puasa dan tak pernah ganti-ganti.. but for my case.. lain sikit..
Try check online.. aduhai.. rasa lagi pening.. semua bagi result yang berbeza-beza.. try jugaklah search sana sini.. macam-macam la pulak mazhab dan cara pengiraan yang ada.. jadi aza adalah bertanya dengan someone.. jadi inilah conclusion yang aza dapat mengenai pengiraan fidyah bagi my case
BACKGROUND
Saya telah melahirkan anak pada tahun 2006. Kebetulan, bulan Ramadhan jatuh ketika saya masih berpantang. Saya cuba berpuasa selama 1 hari.. tetapi anak saya asyik melalak-lalak dan asyik nak melekap jer.. kemungkinan sebab saya puasa.. susu pun berkurangan.. atas nasihat keluarga, saya tidak berpuasa selama 29 hari pada tahun 2006. Oleh kerana pelbagai kekangan ( memacam alasan boleh bagi)... puasa tersebut telah diganti berdikit-dikit mengikut kemampuan.. BILANGAN PUASA YANG TELAH DIGANTI
Tahun 2007 : 0 hari (masih menyusu badan sepenuhnya)Tahun 2008 : 1 hari
Tahun 2009 : 7 hari
Tahun 2010 : 12 hari
Tahun 2011 : 9 hari
BAKI BILANGAN PUASA YANG DIKENAKAN FIDYAH
Formula : Baki puasa yang ditinggalkan - bilangan puasa yang telah diganti Tahun 2007 : 29 - 0 = 29 hari
Tahun 2008 : 29 - 1 = 28 hari
Tahun 2009 : 28 - 12 = 21 hari
Tahun 2010 : 21 - 12 = 9 hari
PENGIRAAN FIDYAH YANG PERLU DIBAYAR
Formula : 1 hari = 1 cupakDenda = baki puasa x bilangan tahun tertinggal
Tahun 2007 : 29 hari x 1 = 29 cupak
Tahun 2008 : 28 hari x 2 = 56 cupak
Tahun 2009 : 21 hari x 3 = 63 cupak
Tahun 2010 : 9 hari x 4 = 36 cupak
Sekiranya hendak membayar menggunakan beras
1 cupak = 700g
Tahun 2007 : 29 cupak x 700g = 20.3 kg
Tahun 2008 : 56 cupak x 700g = 39.2 kg
Tahun 2009 : 63 cupak x 700g = 44.1 kg (sudah dibayar pada 2010)
Tahun 2010 : 36 cupak x 700g = 25.2 kg
Oleh kerana saya sudah pun membayar fidyah untuk tahun 2009.. so.. jumlah fidyah yang perlu saya bayar ialah :
Jumlah perlu dibayar = 20.3 kg + 39.2 kg + 25.2 kg = 84.7 kg beras
Kita bundarkan ~ 90 kg beras ( 9 beg beras x 10 kg)
Kalau terlebih bayar.. kira sedekah ajelah yang lebih tu ye..
Pengajaran yang saya dapat :
- Lain kali, ganti puasa tu cepat-cepat.. toksah tangguh-tangguh
- Bila nak bayar fidyah, baik kira dulu sesiap sebelum pergi ke majlis agama
- Lebih afdal sekiranya kita bayar menggunakan beras.. hanya perlu pergi, hantar beras, selesai.. tak perlu nak kira-kira duit, kira-kira duit baki, dan tunggu pegawai tu buat resit.
2 comments:
baru nak tanya kenapa sampai kena beli beras sendiri.. tapi betul gak ye, takyah susah2 tunggu pegawai tu kira2.
selamat berpuasa aza!
hehe.. last year aza bayar cash.. leceh sketlah.. nak kena akad lagi.. rate pun agak mahal utk negeri perak.. baik beli beras.. dpt tesco clubcard point lagi.. hehe
selamat berpuasa..
Post a Comment